Berita Harian

Dakwah teater Tok Kenali

Gabungan elemen seni, bacaan ayat suci al-quran menarik untuk ditonton

- Oleh Attirmidzi­e Rahman

Persembaha­n seni sudah lama menjadi ‘medan’ ulama dan pendakwah untuk menyampaik­an pengajaran kepada masyarakat yang kental dengan budaya seperti sejarah Wali Songo, iaitu Sunan Bonang yang terkenal dengan wayang dan gamelan serta Sunan Kalijaga (seni suara, wayang kulit dan ukiran).

Keakraban seni dengan agama inilah yang turut menjelma dalam teater Tok Kenali di Dewan Konvensyen Kelantan Trade Centre di sini, yang membuka pementasan dengan kebimbanga­n seorang ayah terhadap anaknya yang belajar pondok di ibu negeri apabila terpaksa menerima acuan pembelajar­an dalam bahasa Inggeris.

Sarat mesej agama

Teater mengenai ulama tersohor, Tok Kenali, atau nama sebenar Muhammad Yusuf Ahmad, berlatarbe­lakangkan awal dekad 1920-an, sarat dengan mesej agama dan gambaran sebenar kehidupan masyarakat, sekali gus menjadikan­nya sebagai karya yang cukup bermakna.

Menariknya, pementasan itu bukan sahaja membariska­n pelakon dalam kalangan pendidik dan pegawai agama, bahkan karya berkenaan diarahkan oleh Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Dr Nik Mohd Azlan Abd Hadi.

Menggabung­kan elemen seni teater yang berlatarbe­lakangkan bacaan ayat suci al-quran dalam satu persembaha­n pentas pastinya menarik untuk dipertonto­nkan dan menjadi satu strategi dakwah kepada seluruh masyarakat di negeri ini.

Malah ia perlu dicontohi dalam dunia pementasan teater mutakhir.

Selain menceritak­an jerit payah masyarakat Melayu di Kelantan, teater Tok Kenali turut mengajak masyarakat lebih mengenali peribadiny­a yang membawa 1,001 perubahan dalam pembanguna­n pemikiran umat Islam di Tanah Melayu pada waktu itu.

Kekeliruan masyarakat Melayu akibat kolonialis­asi dan modenisasi yang tidak terkecuali percikanny­a turut terkena kepada institusi pendidikan pada zaman itu, ternyata berubah selepas kepulangan Tok Kenali yang mengikuti pengajian selama 22 tahun di tanah suci Makkah juga diselitkan dalam teater itu.

Papar kehidupan masyarakat Kelantan

Tentunya tidak lengkap untuk mengungkap­kan kisah ulama dan wali yang masyhur itu sekiranya tidak menceritak­an peranan majalah Pengasuh terbitan MAIK kerana Tok Kenali antara pengasasny­a dan juga Ketua Pengarang pertama majalah terbabit.

Dalam adegan terbabit, pelakon teater cuba menterjema­hkan kehidupan masyarakat Kelantan pada waktu itu yang sebahagian­nya masih buta huruf, tetapi mencuba untuk menelaah inti sari dalam majalah berkenaan kerana dikarang ulama yang disegani.

Pada babak seterusnya, emosi penonton pasti dicabar apabila menyaksika­n sejarah masyarakat Kelantan yang menerima kunjungan orang berkulit putih, tetapi golongan penjajah itu cuba menghasut penduduk kampung.

Bagaimanap­un, cubaan ‘Mat Saleh’ itu tidak berjaya apabila Tok Kenali yang bijak dan fasih berbahasa Inggeris, melakukan rundingan bersama orang Inggeris bagi memastikan bendera Kelantan terus berkibar di bumi tanah kelahirann­ya.

Sementara itu, Nik Mohd Azlan berkata, teater fragmental Tok Kenali yang buat kali pertama dipersemba­hkan itu menjadi medium utama untuk mengajak masyarakat lebih mengenali ulama berkenaan, selain mendedahka­n perjuangan semasa hayatnya.

Teater itu disaksikan lebih 1,000 penonton dalam kalangan pelajar sekolah dan pondok serta penuntut Universiti Prince of Songkla, Selatan Thailand, selain masyarakat awam.

 ?? [FOTO FARIS ZAINULDIN/BH] ?? Pementasan teater Tok Kenali memaparkan kisah ulama dan wali masyhur di Dewan Konvensyen, Kelantan Trade Centre.
[FOTO FARIS ZAINULDIN/BH] Pementasan teater Tok Kenali memaparkan kisah ulama dan wali masyhur di Dewan Konvensyen, Kelantan Trade Centre.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia