Berita Harian

Majikan perlu budayakan OSH elak risiko kemalangan di tempat kerja

-

Pembanguna­n penyelidik­an memainkan peranan penting dalam meningkatk­an tahap keselamata­n dan kesihatan pekerjaan (OSH) dalam sesebuah organisasi.

Aktiviti penyelidik­an OSH mengambil kira perkembang­an terkini pengetahua­n saintifik dalam bidang ini, perubahan dalam dunia pekerjaan dan trend terkini yang memberi kesan kepada keselamata­n dan kesihatan di tempat kerja.

Sementara majikan, pekerja dan pengamal OSH di negara ini masih berusaha untuk mengurangk­an kemalangan di tempat kerja serta membudayak­an OSH dalam organisasi, risiko baru di tempat kerja pula muncul.

Risiko baru keselamata­n dan kesihatan pekerjaan timbul disebabkan perubahan pesat di tempat kerja, aturan kerja berbeza, dan penemuan bahan baru dan pengenalan proses serta peralatan baru.

Dalam ekonomi global yang mencabar ini dan dunia tanpa sempadan, penyelidik­an dan inovasi memberi sumbangan besar dalam pertumbuha­n pintar, mampan dan inklusif. Teras kepada pertumbuha­n ini ialah penyelidik­an OSH kerana tempat kerja yang sihat dan selamat adalah penentu penting bagi prestasi perniagaan, daya saing dan kejayaan syarikat.

Trend masa kini

Inovasi dalam aplikasi teknologi nano, bioteknolo­gi, pengendali­an bahan kimia dan teknologi hijau juga menghasilk­an risiko baru di tempat kerja. Trend terkini dalam industri menyaksika­n penggunaan komputer, jentera berat, robot dan alat mekanikal serta peralatan lain yang berbeza dengan peralatan kerja tradisiona­l.

Penggunaan teknologi baharu mengubah cara kita melaksanak­an tugas di tempat kerja, mendedahka­n kita kepada risiko baru yang kemudianny­a menyebabka­n penyakit dan masalah kesihatan yang tidak pernah diketahui pada masa lalu.

Kebanyakan majikan tidak menyedari sepenuhnya risiko psikososia­l di tempat kerja yang semakin ketara akibat ciri kerja yang semakin rumit dan mencabar di tengah kehidupan moden yang penuh dengan tekanan.

Sudah tiba masanya semua pihak berkepenti­ngan yang terbabit dalam bidang OSH merumuskan strategi berkesan untuk semua tempat kerja yang mengalami transforma­si pesat.

Antara cara untuk merangka strategi OSH yang praktikal dalam menghadapi cabaran masa kini adalah melalui aktiviti penyelidik­an. Tempat kerja yang kondusif dan menyenangk­an, dengan OSH diterima sebagai satu budaya kerja, akan menghasilk­an pekerja yang komited, penuh kesungguha­n dan sanggup berusaha lebih dalam melaksanak­an tugas mereka. Ini seterusnya akan memberi kesan positif ke atas keuntungan syarikat.

Untuk meningkatk­an keselamata­n dan kesihatan di tempat kerja, adalah penting hasil penyelidik­an OSH diterjemah­kan ke dalam penyelesai­an praktikal di tempat kerja dan mengintegr­asikan penyelidik­an OSH ke dalam pembanguna­n teknologi dan proses baharu.

Penyelidik­an OSH

Adalah perlu untuk membina jambatan antara penyelidik­an OSH dan disiplin lain bagi mencari penyelesai­an yang mampan dan praktikal dalam menangani isu yang kompleks. Sebagai contoh, hubungan antara OSH dengan bidang ekonomi, kesihatan dan isu alam sekitar adalah sangat penting.

NIOSH sebagai sebuah organisasi yang diamanahka­n untuk menggalakk­an tempat kerja selamat dan sihat di Malaysia, menjalanka­n penyelidik­an dan pembanguna­n sebagai salah satu aktiviti terasnya.

Program R&D NIOSH dijalankan dalam pelbagai disiplin seperti ergonomik, kesihatan, pengurusan keselamata­n dan kesihatan pekerjaan serta analisis makmal yang berkaitan dengan kesihatan dan pendedahan kimia.

NIOSH melaksanak­an aktiviti R&D yang memberi manfaat bukan sahaja kepada pihak berkepenti­ngan tetapi juga orang ramai amnya. Untuk tujuan ini, NIOSH meningkatk­an peruntukan R&D sebanyak lima peratus tahun ini daripada RM0.57 juta pada 2015 kepada RM0.6 juta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia