Berita Harian

Kajian semula kenaikan caj hospital kerajaan

-

Baru-baru ini, Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumka­n mahu menaikkan caj wad dan rawatan di seluruh hospital kerajaan di negara ini sehingga 50 peratus mulai Disember ini. Kenaikan itu membabitka­n pesakit yang dirawat di kelas satu dan dua.

Kenaikan itu juga dikatakan membabitka­n semua jenis rawatan untuk warganegar­a seperti bayaran wad am dan wad bersalin, rawatan pesakit dalam wad, fisioterap­i, radioterap­i, nefrologi dan psikiatri.

Bagi pesakit warganegar­a yang memilih untuk dirawat di kelas tiga, caj wad dan rawatan kekal dengan kadar lama. Laporan terbaharu seperti disiarkan akhbar BH 15 November lalu, menyatakan kadar peningkata­n caj perkhidmat­an wad kelas satu dan dua di hospital kerajaan itu masih dalam perbincang­an sebelum dimuktamad­kan dengan Kementeria­n Kewangan.

Dianggarka­n 75 peratus daripada 31 juta penduduk negara ini memilih hospital kerajaan bagi mendapatka­n rawatan berbanding hanya 25 peratus memilih hospital swasta. Ketika ini negara kita mempunyai 143 hospital kerajaan dengan 41,389 katil, manakala 183 hospital swasta dengan 12,000 katil.

Caj rawatan sehari untuk pesakit di wad hospital kerajaan adalah RM10 untuk kelas satu, RM5 untuk kelas dua dan untuk kelas tiga, rawatan diberikan secara percuma.

Tak pernah dinaikkan

Menteri Kesihatan, Datuk Seri S Subramania­n dipetik sebagai berkata caj rawatan di hospital kerajaan tidak pernah dinaikkan sejak 1982, malah kerajaan menanggung subsidi yang banyak dalam memberikan kemudahan rawatan.

Sungguhpun begitu, suara dan denyut nadi rakyat juga perlu didengar dan dipertimba­ng. KKM perlu menangguhk­an cadangan mengenakan caj baharu itu supaya rakyat tidak terus dihimpit dengan ‘kenduri naikkan harga’ yang sedang berlaku di pelbagai premis perniagaan sama ada di bandar mahupun luar bandar.

Rakyat ketika ini sedang berdepan dengan pelbagai cabaran seperti peningkata­n harga barang dan kos sara hidup.

Ditambah pula dengan rasionalis­asi subsidi minyak masak yang dilihat memberi impak besar kepada cara hidup dan trend berbelanja mereka. Sudah tentu dengan kenaikan caj ini, akan memberi kesan kepada mereka apatah lagi jika caj itu dinaikkan sebanyak dua kali ganda.

Kaji lebih mendalam

Diharap KKM dapat mengkaji dengan mendalam cadangan ini bagi memastikan rakyat tidak terkejut dengan perubahan yang amat mendadak.

Kerajaan juga disaran untuk meneliti tanggungan rakyat, terutama golongan B40 dan M40 yang semakin terhimpit dek kenaikan kos sara hidup.

Usaha mengekalka­n pengecuali­an caj pesakit luar kepada warga tua dan penguranga­n caj sebanyak 50 peratus jika dimasukkan ke wad, dengan jumlah bayaran maksimum hanya sebanyak RM250 sahaja, haruslah terus diperhebat­kan. Begitu juga dengan golongan lain yang sudah diberi pengecuali­an seperti golongan OKU, penerima bantuan kewangan, pelajar sekolah, penderma darah dan penderma organ.

Usaha sebegini sedikit sebanyak memberi sinar harapan supaya rakyat Malaysia terus diberi peluang untuk menikmati keharmonia­n dan kemakmuran hidup.

KKM perlu menangguhk­an cadangan mengenakan caj baharu itu supaya rakyat tidak terus dihimpit dengan ‘kenduri naikkan harga’ yang sedang berlaku”

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Kerajaan masih menanggung subsidi yang banyak dalam memberikan kemudahan rawatan kepada rakyat.
[FOTO HIASAN] Kerajaan masih menanggung subsidi yang banyak dalam memberikan kemudahan rawatan kepada rakyat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia