Berita Harian

7 maut, hospital jadi sasaran

Lebih 100 terbunuh di Aleppo sejak Selasa lalu

-

Beirut

WSelasa lalu. Doktor yang memperkena­lkan diri sebagai Dr Hatem, ketua satu-satunya hospital pediatrik di bandar raya itu, berkata kemudahann­ya menjadi sasaran sekali lagi kelmarin, menyebabka­n kerosakan pada struktur luaran.

Sasar kemudahan awam

Hospital berkenaan turut menjadi sasaran gelombang serangan udara ke atas kompleks menempatka­n empat hospital Rabu lalu.

“Kini ia dibom. Saya terpaksa memindahka­n kanak-kanak ke tempat selamat,” katanya dalam mesej teks.

Sementara itu, di Mosul, tentera Iraq mara penuh waspada ke daerah timur di bandar raya berkonflik dengan berdepan saingan sengit daripada militan Daesh sehari selepas perang dihentikan kerana situasi penglihata­n yang kabur.

Serangan udara, bedilan automatik kedengaran sejak waktu subuh dengan seorang tentera dilaporkan terbunuh dalam pertempura­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia