Berita Harian

PBB dakwa Australia punca kanak-kanak tertekan

-

Sydney: Australia bertanggun­gjawab ke atas gangguan tekanan selepas trauma dan penyakit lain dialami kanak-kanak yang ditahan di pusat imigresen pesisir pantai, menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), semalam.

Hasil kajian dibuat Wakil Khas PBB, Francois Crepeau, adalah antara paling kritikal setakat ini dibuat badan dunia itu terhadap dasar penahanan kontrovers­i Australia.

Ia dibuat di tengah perbahasan global mengenai cara menguruska­n sejumlah besar pemohon suaka yang melarikan diri daripada konflik di negara asal.

“Kanak-kanak ini menunjukka­n petanda gangguan tekanan selepas trauma seperti insomnia, mimpi ngeri dan kencing malam. Keadaan ini tidak dapat diterima,” kata Crepeau.

Penahanan pesisir pantai

Crepeau, seorang pemerhati antarabang­sa yang mengunjung­i pusat tahanan di Nauru, berkata kanak-kanak itu mencermink­an dasar penahanan keras Australia.

Menurut undang-undang Australia, pemohon suaka yang dipintas ketika cuba ke negara itu dengan bot, dihantar ke kem di Nauri dan Pulau Manus di Papua New Guine. Hampir 1,200 ditahan di kem.

Australia memperkena­lkan semula penahanan pesisir pantai pada 2013 selepas siri ketibaan dan kematian pendatang akibat lemas di laut.

Jabatan Imigresen Australia dalam satu kenyataan berkata, ia tidak menerima sebahagian pemantauan awal dibuat Crepeau dan dasarnya selari dengan ‘syarat antarabang­sa dan prinsip hak asasi manusia.’

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia