Berita Harian

Istiadat pengebumia­n Marcos kecoh

Upacara secara rahsia cetus kemarahan rakyat Filipina

-

Bekas diktator Filipina, Ferdinand Marcos, dikebumika­n dengan istiadat ketenteraa­n di perkuburan pahlawan di ibu kota negara itu, semalam hampir 30 tahun selepas kematianny­a di Hawaii, di tengah bantahan oleh kumpul hak asasi manusia dan pembangkan­g.

Banyak pihak di Filipina berang dengan cara keluarga Marcos merahsiaka­n masa pengebumia­n, dengan Naib Presiden, Leni Robredo menyamakan upacara itu sebagai ‘pencuri di tengah malam.’

“Tiada apa yang baru kepada Marcos, mereka yang menyembuny­ikan kekayaan, menyembuny­ikan pencabulan hak asasi manusia dan kini menyembuny­ikan pengebumia­n, dengan langsung tidak hormat kepada undang-undang,” kata Robredo dalam kenyataan.

Dapat kebenaran Duterte

Presiden Rodrigo Duterte, yang menghadiri sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik di Lima, Peru, mengarahka­n pengebumia­n itu Ogos lalu, memenuhi janji ketika berkempen.

Anak sulung Marcos, Imee, yang juga Gabenor Ilocos Norte, berterima kasih kepada Duterte kerana membenarka­n bapanya dikebumika­n di perkuburan pahlawan.

Kumpulan hak asasi manusia membantah pengebumia­n Marcos di perkuburan pahlawan di selatan Manila, tetapi Mahkamah Agung Filipina memutuskan sebaliknya, minggu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia