Berita Harian

Peggy wanita tertua sertai misi ke ISS

-

Kazakhstan: Angkasawan wanita paling tua, Peggy Whitson selamat berlepas ke angkasa untuk misi ketiganya di Stesen Angkasa Antarabang­sa (ISS) dan berharap dapat memecahkan beberapa lagi rekod sepanjang berada di sana.

Angkasawan veteran NASA itu adalah wanita pertama pernah menerajui ISS dan adalah pemegang rekod wanita paling lama menghabisk­an masa di ruang angkasa.

Kali ini, pada usia 57 tahun, beliau menjadi wanita paling tua menjalani misi di angkasa.

Berlepas semalam

Beliau berlepas dari Baikonur Cosmodrome di Kazakhstan, semalam menaiki roket Soyuz bersama angkasawan Russia, Oleg Novitsky dan angkasawan baru dari Perancis, Thomas Pesquet.

Mereka dijangka tiba di ISS dalam tempoh dua hari untuk menyertai seorang angkasawan Amerika dan dua Russia yang sudah pun berada di sana.

Pasukan ini akan menjalanka­n pelbagai penyiasata­n saintifik sehingga Mei 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia