Berita Harian

Hakim arah ganti rugi AS$36J kes kematian Bobbi Kristina

-

Atlanta: Seorang hakim di Atlanta mengarahka­n teman lelaki kepada anak penyanyi Whitney Houston, membayar ganti rugi lebih AS$36 juta kerana cuai sehingga menyebabka­n kematian Bobbi Kristina Brown.

Brown, 22, anak tunggal penyanyi Whitney Houston dan Bobby Brown, ditemui dalam keadaan tersembam dan tidak sedarkan diri dalam tab mandi di kediamanny­a dekat pinggir bandar Atlanta pada Januari 2015.

Teman lelaki Brown, Nick Gordon dan seorang rakannya ada di rumah itu ketika Brown ditemui tidak sedarkan diri. Brown koma selama enam bulan sebelum mati di sebuah pusat jagaan ketika berusia 22 tahun pada 26 Julai 2015.

Sama macam ibu

Kematianny­a hampir serupa dengan ibunya sehingga menarik perhatian media di seluruh dunia terutama tabloid.

Mayat Whitney Houston ditemui tersembam dalam tab mandi di Hotel Beverly Hilton sebelum majlis Grammy Awards pada 2012.

Pihak berkuasa menemui dadah preskripsi dalam suite itu dan bukti masalah jantung dan kokain dalam tubuh Houston dan mengesahka­n kematianny­a akibat lemas.

Dalam tuntutan mahkamah berkenaan, keluarga Brown menyalahka­n Gordon, menuduh beliau memberi Brown sejenis ‘koktel toksik’ sebelum ditemui tidak sedarkan diri dalam tab mandi.

Gordon, anak yatim tiga tahun lebih tua dari Brown, dibesarkan keluarga Houston sebagai anak sendiri, tidak pernah didakwa atas kesalahan jenayah. Brown merujuk Gordon sebagai suaminya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia