Berita Harian

Permulaan menakutkan buat Mcilroy

-

Dubai: Juara bertahan, Rory Mcilroy berdepan permulaan ‘ngeri’ di Kejohanan Jelajah Dunia DP apabila mencatat keputusan paling buruk dalam sejarah penyertaan­nya di kejohanan itu.

Mcilroy pernah menjuarai kemuncak musim Jelajah Eropah itu sebanyak dua kali dan tidak pernah meraih keputusan buruk selain tempat ke-11 dalam tujuh penampilan­nya di Jumeirah Golf Estates dengan catatan 72 pada 2010 - keputusan terburukny­a dalam 28 pusingan.

Namun, pemain nombor dua dunia itu hanya mencatat 75 kelmarin untuk berada di kedudukan ke-55 daripada 60 pemain, sembilan pukulan di belakang rakan pasukannya di Piala Ryder, Lee Westwood.

Westwood lakukan tujuh birdie

Birdie pertamanya muncul pada lubang ke-14 dan meskipun dia menambah satu lagi birdie, juara major empat kali itu melakukan double-bogey pada lubang ke-16 selepas dua percubaan.

Westwood pula melakukan tujuh birdie dan satu bogey untuk mencatat 66 dalam kejohanan yang mula dianjurkan pada tahun 2009 itu.

“Ia adalah prestasi kedua atau ketiga terbaik dalam karier saya,” kata Westwood. “Mungkin juga yang terbaik dalam karier saya, saya tahu saya perlukan kemenangan untuk menewaskan Rory di Race to Dubai dan dapat melakukann­ya dengan enam dan menguasai lapangan sepanjang minggu.”

Shane Lowry berdepan pusingan yang bercampur baur apabila melakukan empat birdie dan dua birdie tetapi masih berada di kedudukan yang lebih baik, empat pukulan di hadapan dengan -2.

 ??  ?? Rory Mcilroy
Rory Mcilroy

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia