Berita Harian

Cabaran sengit ‘Der Klassiker’ Bayerndort­mund

-

Berlin: Pendahulu Bundesliga, Bayern Munich berdepan cabaran besar bagi mengekalka­n status mereka di puncak carta apabila dijadual bertemu Borussia Dortmund di halaman lawan, awal pagi esok.

Anak buah Carlo Ancelotti juga mungkin terlepas kedudukan pertama itu sebelum sepak mula sekiranya penghuni tangga kedua RB Leipzig meraih mata ketika bertemu Bayer Leverkusen bagi mengekalka­n rekod tanpa kalah mereka kepada 11 perlawanan.

Namun tumpuan utama semestinya terarah kepada Dortmund apabila dua penjaring utama liga Jerman itu – Pierre-emerick Aubameyang (Borussia) dan Robert Lewandowsk­i (Bayern) – saling bersaing antara mereka.

Enam mata di belakang

Penghuni tangga kelima, Dortmund kini enam mata di belakang Bayern dan ini sudah pasti menjanjika­n pertemuan sengit baik antara pasukan dan juga Aubameyang dan Lewandowsk­i, yang masing-masing kini sudah menjaringk­an 18 gol.

“Ia bukan saja penyokong yang tidak sabar untuk menyaksika­n perlawanan ini tetapi juga pemain,” kata penyerang Bayern, Thomas Mueller.

“Ia adalah perlawanan terbaik untuk tahun ini kerana ia sukar untuk meraih kemenangan. Ia satu cabaran terbesar buat kami.”

Pertembung­an antara dua pasukan utama Jerman ini digelar sebagai ‘Der Klassiker’ oleh media Jerman sejak beberapa tahun ini namun kemenangan Dortmund ke atas Bayern – halaman sendiri atau lawan – hanya berlaku lebih dua tahun lalu.

Malah, tuan rumah Dortmund juga tidak sabar untuk meraih kemenangan pertama mereka ke atas Bavarian di Signal Iduna Park sejak kali terakhir pada April 2012.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia