Berita Harian

Real, Atletico kembali ceria

Benzema, Griezmann dijangka diturunkan selepas berehat akibat kecederaan

-

Real Madrid dan Atletico Madrid menerima khabar gembira menjelang pertemuan dua gergasi La Liga ini di Vicente Calderon, malam ini, apabila tonggak mereka masing-masing dijangka kembali memperkuat­kan pasukan.

Penyerang Real, Karim Benzema, sudah kembali menyertai sesi latihan selepas diketepika­n akibat kecederaan otot sebagai persiapan untuk bertemu jiran mereka itu.

Penyerang Perancis itu terlepas aksi terakhir Real ketika membenam Leganes 3-0 sebelum rehat antarabang­sa, sekali gus menimbulka­n keraguan sama ada dia mampu cergas sepenuhnya untuk diturunkan bagi aksi menentang Atletico.

Benzema tidak berlatih pada sesi latihan Selasa dan Rabu akibat kecederaan yang dialaminya, namun dia dijangka dapat diturunkan untuk aksi tetangga itu selepas dilihat menyertai sesi latihan, semalam.

Beri motivasi

Kehadiran pemain berusia 28 tahun itu pastinya memberi motivasi kepada ketua jurulatihn­ya, Zinedine Zidane selepas seorang lagi penyerang, Alvaro Morata mengalami kecederaan hamstring yang berkemungk­inan mengetepik­annya selama sebulan.

Benzema sudah meledak lima gol dalam 13 penampilan bersama Real musim ini dan meledak satu gol ketika membantu Real mengikat Atletico 11 di Vicente Calderon, musim lalu.

Bintang Atletico, Antoine Griezmann memberi berita gembira berhubung tahap kecergasan­nya menjelang aksi tetangga apabila mengambil bahagian dalam latihan penuh pasukan, semalam.

Calon Ballon d'or itu disisihkan untuk aksi persahabat­an Perancis bertemu Ivory Coast selepas mengalami kecederaan pada kaki kirinya ketika beraksi menentang Sweden bagi kelayakan Piala Dunia.

Imbasan X-ray mengesahka­n Griezmann tidak berdepan kecederaan serius dan pertahanan Atletico, Juanfran memberitah­u Partidazo COPE bahawa pemain berusia 25 tahun itu yakin dia mampu untuk diturunkan bertemu Real di Vicente Calderon.

Dia nyata menepati janjinya apabila menyertai Juanfran dan rakan sepasukann­ya pada sesi latihan yang berlangsun­g, semalam.

Griezmann meledak lapan gol dalam 14 penampilan musim ini dan menjaringk­an gol tunggal untuk membantu Atletico menewaskan Real 1-0 di Santiago Bernabeu, musim lalu.

 ??  ?? Griezmann (kanan) mencabar pertahanan Sweden, Victor Nilsson Lindelof dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2018, minggu lalu.
Griezmann (kanan) mencabar pertahanan Sweden, Victor Nilsson Lindelof dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2018, minggu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia