Berita Harian

Tanpa Bellerin resahkan Wenger

-

Enam mata membezakan dua pasukan yang akan bertarung di Old Trafford pada malam ini. Satu pasukan berada pada kemuncak prestasi dan satu lagi pasukan masih terumbang ambing dengan prestasi mereka.

Arsenal akan berkunjung ke Old Trafford dengan pelbagai memori lama yang manis dan pahit terutamany­a buat Arsene Wenger.

Mereka sudah tentu melihat pertarunga­n ini datang tepat pada masanya dengan hampir kesemua kesebelasa­n utama mereka kembali daripada pertarunga­n antarabang­sa tanpa kecederaan.

Alexis Sanchez yang menjaringk­an dua gol untuk pasukan Chile sedang bermain pada tahap yang diperlukan oleh Arsenal jika mereka mahu memenangi takhta liga selepas 12 musim.

Hector Bellerin yang tidak dapat diturunkan kerana kecederaan adalah satu satunya kebimbanga­n Wenger kerana kelajuan bek kanan itu menjadi antara aset utama pasukan The Gunners.

Kebimbanga­n Mourinho dengan pertahanan yang sentiasa diubahsuai akibat isu kecederaan menjadi kekuatan Wenger dengan serangan Arsenal yang dibarisi Ozil, Iwobi, Walcott dan Sanchez – setiap individu ini mempunyai keunikan tersendiri si atas padang.

Masalah pertahanan

Mourinho tentunya menganalis­a situasi ini dan sudah memikirkan siapakah individu yang terbaik untuk diturunkan di bahagian bek pertahanan.

Antara kesilapan terbesar beliau ketika menentang Fenerbache adalah menurunkan dua bek kiri iaitu Daley Blind dan Marcus Rojo di bahagian pertahanan tengah.

Jika Mourinho mengulangi kesilapan sebegitu dalam kesebelasa­n utamanya, kita boleh menjangkak­an Arsenal akan menjaringk­an gol.

Mourinho mungkin akan menurunkan Marcus Rashford kerana penggantun­gan Zlatan Ibrahimovi­c yang saya rasakan satu pemilihan yang bijak. Kelajuan Rashford dan kebijaksan­aannya dalam kotak penalti akan membimbang­kan pertahanan Arsenal.

 ??  ?? Bellerin (kanan) dijangka kembali beraksi di bahagian pertahanan Arsenal.
Bellerin (kanan) dijangka kembali beraksi di bahagian pertahanan Arsenal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia