Berita Harian

Ini bukan aksi antara pengurus: Wenger

-

London: Arsene Wenger menegaskan kunjungan Arsenal untuk bertemu Manchester United di laman lawannya itu tidak seharusnya tertumpu kepada permusuhan antara dirinya dengan Jose Mourinho.

Arsenal bakal berkunjung ke Old Trafford dengan Wenger berhasrat meraih kemenangan liga pertama ke atas Mourinho yang mana seperti diketahui umum, kedua-dua pengendali ini memiliki hubungan yang ‘bergelora’.

The Gunners akan mengunggul­i takhta liga buat sementara waktu menerusi kemenangan yang menyaksika­n mereka tewas 3-2 di tangan The Red Devils musim lalu pada perlawanan yang sama musim lalu.

Situasi normal

Bagaimanap­un, Wenger enggan terlalu memikirkan soal peribadiny­a bersama Mourinho dan berkata’ saya tidak perlu memikirkan mengenai hubungan kami.

“Dia (Mourinho) akan berjuang bersama pasukan, begitu juga saya dan perkara ini adalah normal. Perlawanan ini adalah antara Arsenal menentang Manchester United dan anda tidak boleh katakan ia perlawanan antara pengurus.

“Anda menentang pasukan dan bukannya menentang pengurus. Kemenangan di Old Trafford adalah penting kerana keputusan itu akan mengukuhka­n kedudukan terbaik kami dalam liga.

“Kami hanya beraksi 11 perlawanan setakat ini dengan tiada kedudukan yang mutlak untuk semua pasukan besar dalam liga.

“Kami mencatat 16 perlawanan tanpa tewas namun rentak kami terjejas ketika bertemu Tottenham. Jadi kami akan bermula semula untuk meraih kembali rentak kemenangan.

“Bagi kami, perlawanan ini begitu penting kerana kami terlepas peluang menjadi pendahulu liga ketika terikat dengan Tottenham Hotspur dan kami mahu segera bangkit dengan keputusan yang positif.”

 ??  ?? Hubungan Wenger, Mourinho di atas padang sentiasa tegang.
Hubungan Wenger, Mourinho di atas padang sentiasa tegang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia