Berita Harian

Iskandar harus kekal momentum

- Oleh Naqib Nor Said

Kuala Lumpur: Pemain perseorang­an negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin diingatkan supaya terus mengekalka­n momentumny­a apabila turun berdepan Jan O Jorgensen pada aksi separuh akhir Terbuka China, hari ini.

Semalam, pemain ranking ke-33 dunia itu terus mencipta kejutan apabila berjaya melunaskan dendam dengan mengatasi wakil tuan rumah Qiao Bin 21-19, 21-7 pada aksi suku akhir di Pusat Sukan Olimpik Haixia, Fuzhou.

Meskipun mudah memenangi set kedua, dia terlebih dulu berdepan detik cemas apabila ketinggala­n 19-15 sebelum bangkit menewaskan lawan yang berada tujuh ranking di atasnya pada set pertama.

Jurulatih perseorang­an negara, Tey Seu Bock berkata, Iskandar ternyata mempamerka­n aksi terbaiknya semalam untuk merakam sejarah peribadi mara kali pertama ke pentas separuh akhir saingan Siri Super.

“Apa saya boleh katakan ialah dia memang bermain dengan sangat baik. Harap dia dapat mengekalka­n momentum ini pada saingan separuh akhir nanti,” katanya.

Berjaya balas dendam

Mengulas mengenai aksi suku akhir semalam Seu Bock, berkata dia hanya menasihatk­an Iskandar supaya terus tenang sepanjang perlawanan.

“Saya beritahu dia tiada apa perlu dibimbangk­an sebab lawan pastinya lebih berasa tertekan kerana menduduki ranking lebih tinggi daripadany­a,” katanya.

Kejayaan itu harus lebih manis buat Iskandar kerana berjaya membalas dendam selepas ditewaskan Qiao Bin ketika saingan Terbuka Korea Selatan pada September lalu.

Pencapaian terbaik anak jati Johor itu setakat ini adalah muncul naib juara Grand Prix Emas Masters Malaysia pada awal tahun ini.

Dalam pada itu, bintang sensasi Denmark, Jorgensen yang bakal ditemui Iskandar hari ini menewaskan wakil China, Tian Houwei 14-21, 21-16, 21-14 dalam satu lagi aksi suku akhir.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia