Berita Harian

Dentsu bantu MOM tarik penaja

- Oleh Jumiati Rosly

Kuala Lumpur: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menandatan­gani perjanjian selama empat tahun bersama agensi pemasaran, Dentsu Sports Asia (DSA) bagi membuka lebih banyak peluang penajaan kepada MOM terutama menjelang Sukan Olimpik 2020 Tokyo.

Timbalan Presiden MOM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Kewangan dan Pemasaran MOM berkata dengan perjanjian itu, DSA akan memasarkan MOM kepada semua potensi jenama di Jepun.

Bantu persatuan sukan (gambar)

“Kalau sebelum ini kita mendekati penaja secara individu, namun dengan adanya penajaan hari ini, DSA akan menggunaka­n kepakaran mereka untuk bekerja secara eksklusif memasarkan MOM kepada syarikat yang dimiliki individu dari Jepun.

“Kami tak ada kepakaran (pemasaran yang profesiona­l) sebelum ini dan kita akan gunakan DSA untuk membantu kita,” katanya selepas majlis menandatan­gani perjanjian antara MOM dan DSA, semalam.

Katanya, wang yang diperoleh daripada penajaan itu nanti bakal digunakan bagi membantu persatuan sukan kebangsaan di bawah MOM.

“DSA adalah anak syarikat Dentsu Inc (Dentsu) yang mempunyai hak pemasaran bagi Olimpik Tokyo sekali gus mempunyai pangkalan data yang luas,” katanya.

Terdahulu, majlis menandatan­gani perjanjian di Wisma MOM itu turut dihadiri Presiden MOM, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar dan Presiden DSA, Kunihito Morimura.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia