Berita Harian

Wee Wern perlu masa untuk bangkit

-

Petaling Jaya: “Kemenangan bukan sasaran saya buat masa ini.” Itulah luahan pemain skuasy wanita negara, Low Wee Wern yang terpaksa berehat hampir setahun akibat kecederaan pada tahun lalu.

Pernah berada di ranking kelima dunia pada tahun 2014, pemain berasal dari Pulau Pinang itu bergelut mendapatka­n rentak permainan semula apabila kini berada di ranking ke-27 dunia.

“Ia adalah sukar untuk kembali semula selepas kecederaan. Saya terpaksa memulakan proses daripada awal bermula dengan belajar untuk berjalan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia