Berita Harian

Pahang mara ke separuh akhir

- Oleh Mohd Amin Jalil

Tampin: Pahang menjadi pasukan pertama mengesahka­n tempat ke separuh akhir Piala Emas Raja-raja 2016 selepas membenam Negeri Sembilan 2-0 dalam saingan suku akhir kedua di Stadium Mini Tampin, semalam.

Walaupun turun dengan ketinggala­n 2-3 susulan kekalahan pada suku akhir pertama di gelanggang sendiri di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Sabtu lalu, barisan Pahang tampil dengan aksi lebih mantap untuk mencatat kemenangan dengan agregat 4-3.

Negeri Sembilan yang turun selaku juara bertahan dan kelebihan jaringan di tempat lawan nyata gagal memberikan saingan terbaik apabila menerima asakan bertali arus pasukan pelawat seawal permainan bermula.

Firdaus gagal ledak gol

Pahang yang berhajat untuk bangkit menyusun beberapa gerakan menarik ke kubu Negeri Sembilan hingga membuatkan pertahanan tuan rumah terutama penjaga gol, Zainurin Abd Kadir bekerja keras menyelamat­kan gawang.

Tidak kurang lima percubaan tepat dilakukan penyerang Pahang terutama menerusi Fauzi, Muhamad Firdaus Razak dan Mohd Zaidi Jamaluddin.

Begitu pun Negeri Sembilan yang dibimbing Abdul Halim Sulaiman, sesekali melakukan serangan dan percubaan terbaik di gawang Pahang diperoleh pada minit ke-25 menerusi Mohd Radzi Pilus tetapi melepasi palang.

Bersambung babak kedua, Abdul Halim memasukkan Norfaizal Farouk yang menjaringk­an gol ketika di Kuantan untuk mempertaja­mkan jentera serangan, namun tidak memberikan impak positif dalam mencari gol.

Sebaliknya, tuan rumah tersentak dengan gol pemain gantian Nabilah Khan Razali pada minit ke-60 menerusi tandukan kemas susulan suasana kelam kabut dalam kotak penalti untuk meletakkan Pahang di depan.

Nabilah sekali lagi menjadi duri dalam daging buat Negeri Sembilan apabila menolak masuk bola hantaran lintang untuk gol kedua Pahang pada minit ke-80.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia