Berita Harian

Hanya seorang pemain import kekal bersama Kuantan FA

- - Oleh Asrol Awang

Kuantan: Persatuan Bola Sepak Daerah Kuantan (Kuantan FA) mengesahka­n pemain tengah dari Korea Selatan, Shim Unseob kekal bersama skuad itu untuk mengharung­i saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Tiga lagi pemain import iaitu Ljubo Baranin dari Serbia, Srdan Vidakovic (Crotia) dan Dao Bakary (Ivory Coast) masih belum dapat dipastikan sama ada kekal atau tidak bersama The Seagulls.

Timbalan Presiden Kuantan FA, Datuk Wan Solihi Wan Hassan berkata, hanya pemain Korea Selatan kekal bersama Kuantan FA dalam saingan Liga Perdana manakala keputusan muktamad membabitka­n tiga lagi pemain import akan diputuskan minggu depan.

"Minggu depan, kami akan mengadakan mesyuarat untuk mengesahka­n pemain import yang akan kekal dan tidak dilanjutka­n kontrak selepas meneliti laporan daripada jurulatih, Zulhamizan Zakaria.

Duduki tangga kelapan liga

"Apa yang pasti pemain tengah, Shunsuke Nakatake dari Jepun yang ditamatkan kontrak lebih awal akibat kecederaan pada pertengaha­n musim akan kembali bersama The Seagulls.

"Dengan prestasi mantap yang dipersemba­hkan dua pemain Asia ini kita percaya mereka akan memberi impak positif buat pasukan untuk melakar kejayaan bermakna untuk musim 2017," katanya semalam.

Wan Solihi yang juga pengurus pasukan berkata, kedudukan pemain tempatan yang akan menyarung jersi skuad itu juga akan diketahui minggu depan.

Katanya, beliau juga tidak menolak kemungkina­n untuk menyenarai­kan beberapa pemain baharu dan berpengala­man untuk diserapkan dalam The Seagulls.

"Musim ini Kuantan FA sekadar menduduki tangga kelapan dan sudah pasti kami mahu melangkah lebih jauh untuk sekurang-kurangnya berada dalam dua pasukan terbaik Liga Perdana musim depan," katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia