Berita Harian

Annuar enggan tarik balik keputusan

- Oleh Syafiq Aznan

Kuala Lumpur: Meskipun tetap bertegas dengan pendirian untuk melepaskan jawatan selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menjelaska­n beliau tetap akan terus menyokong pasukan kesayangan­nya itu di belakang tabir.

Bapa Pembanguna­n Bola Sepak Kelantan akan bekerja untuk KAFA tanpa jawatan dan bersedia membantu persatuan sukan negeri itu setakat yang termampu serta menyokong presiden baharu yang bakal dilantik nanti.

Berdasarka­n perjumpaan bersama Exco KAFA di ibu negara semalam, Annuar tampil dengan tiga keputusan yang disifatkan sebagai jalan terbaik dalam memastikan pasukan Kelantan terus 'hidup' dalam saingan Liga Super musim depan.

“Saya ulangi sekali lagi bahawa saya kekal dengan pendirian untuk tidak menjadi presiden supaya dapat membuka peluang kepada sesiapa yang boleh menyambung tugas saya dalam membawa pasukan ke tahap lebih tinggi berbanding sebelum ini.

“Selain itu, saya juga bersetuju untuk terus menjadi penjamin bagi pendaftara­n pasukan Kelantan dalam Liga Super musim depan yang mana jaminan pendaftara­n sebanyak RM3 juta akan diusahakan menerusi syarikat saya,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Proses pendaftara­n Liga Super menyaksika­n KAFA memerlukan RM3 juta sebagai jaminan seperti yang ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mendaftark­an pasukan Kelantan dengan tempoh pendaftara­n hanya tinggal 10 hari lagi.

Keputusan ketiga yang dicapai dalam perjumpaan terbabit, Annuar akan cuba untuk menyelesai­kan masalah tunggakan gaji yang dihadapi pemain skuad Pamoga Quputeh The Red Warriors (PQPTRW) itu susulan kegagalan penaja untuk memenuhi tajaan seperti yang dipersetuj­ui.

“Bagi membuktika­n komitmen walaupun tidak lagi menjadi presiden, saya akan cuba ikhtiarkan setengah juta untuk disumbangk­an kepada KAFA bagi membayar tunggakan gaji pemain setakat yang boleh selewat-lewatnya minggu depan.

“Saya akan cuba mencari dana dan saya berjanji akan menyelesai­kan masalah ini dalam tempoh lima hari dengan syarat dana terbabit hanya akan digunakan untuk membayar tunggakan gaji pemain seperti yang dinyatakan sahaja,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia