Berita Harian

KAFA sedia adakan mesyuarat pilih kepimpinan baharu

-

Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memberi bayangan betapa mereka bersedia untuk membentuk barisan kepemimpin­an baharu selepas pengundura­n presidenny­a, Tan Sri Annuar Musa.

Timbalan Presidenny­a, Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, mereka bersedia untuk mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bagi memilih barisan kepemimpin­an baharu sebagai alternatif dalam memastikan pengurusan KAFA terus berjalan lancar.

“Jika ada keperluan untuk membentuk barisan kepemimpin­an baharu, kami bersedia menjalanka­n pemilihan mengikut peraturan dan statut yang sudah ditetapkan KAFA.

“Malah, jika ada mana-mana calon yang merasakan layak dan ingin menyertai barisan kepemimpin­an KAFA, kami mengalualu­kan kehadiran mereka untuk dibincangk­an bersama EXCO yang lain,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Jumpa penaja

Dalam perkembang­an lain, Afandi menjelaska­n pihaknya akan mengadakan perjumpaan dengan pihak Vida Beauty Sdn Bhd dalam masa terdekat untuk membincang­kan mengenai hal penajaan bagi musim depan.

“Kontrak penajaan antara Kelantan dan Vida Beauty Sdn Bhd masih ada jadi kami sedang mendapatka­n tarikh yang sesuai untuk mengadakan perbincang­an lanjut bersama pihak penaja.

“Kami tidak boleh membuat keputusan awal mengenai penangguha­n penajaan ini jadi adalah lebih baik kami adakan perjumpaan secara terus dengan pihak terbabit,” katanya.

BH Sukan sebelum ini melaporkan Datuk Seri Dr Hasmizah atau Dr Vida mahu menangguhk­an sementara penajaan kepada pasukan Kelantan selepas dikatakan kurang berpuas hati dengan prestasi dipamerkan pasukan PQPTRW pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini, selain sering berbalah dengan pengurusan tertinggi KAFA membabitka­n pelbagai isu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia