Berita Harian

Media Vietnam ‘ganggu’ latihan Harimau Malaysia

Tindakan itu mendapat reaksi kurang senang buat kem skuad kebangsaan yang jalani latihan di Stadium Thuwunna, semalam

-

Daripada Mohamad Zulfaizan Mansor

Latihan skuad Harimau Malaysia di Stadium Thuwunna, di sini semalam diserbu oleh beberapa media asing yang kebanyakan­nya dari Vietnam.

Tindakan itu dilihat mendapat reaksi kurang senang buat kem Harimau Malaysia terutama apabila mereka dilihat masih menemubual penyerang negara, Darren Lok ketika sesi latihan sudah dimulakan.

Kehadiran mereka juga turut membimbang­kan kerana ia mungkin boleh mendedahka­n senjata rahsia atau perancanga­n yang cuba dilakukan jurulatih skuad negara, Datuk Ong Kim Swee.

Malah, ada di antara mereka yang cuba menemubual wartawan Malaysia yang sedang membuat liputan pada sesi latihan di stadium berkenaan yang juga bakal menjadi venue perlawanan pertama Harimau Malaysia berdepan Kemboja, Ahad ini.

Perlu berhati-hati

Sama ada mereka mempunyai agenda untuk mengetahui senjata rahsia Harimau Malaysia atau tidak, kem skuad negara perlu berhati-hati apatah lagi Vietnam dianggap sebagai pencabar utama dalam Kumpulan B.

Skuad Vietnam juga sudah pasti bimbang dengan cabaran Harimau Malaysia selepas mereka tersingkir di separuh akhir kepada skuad negara dengan agregat 5-4 pada Piala AFF Suzuki 2014.

Skuad Harimau Malaysia yang dibimbing Dollah Salleh pada 2014 bangkit menewaskan Vietnam 4-2 di Hanoi selepas tewas 1-2 kepada pasukan itu di Stadium Shah Alam pada separuh akhir pertama.

Selepas berdepan Kemboja, skuad Harimau Malaysia bakal berdepan Vietnam, Rabu ini sebelum mengharung­i perlawanan terakhir dengan tuan rumah Myanmar pada 26 November.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia