Berita Harian

Shahrul mahu pastikan kesilapan tidak berulang

-

Yangon: Pertahanan skuad kebangsaan, Shahrul Saad tidak mahu kesilapan mudah hingga memberi gol awal kepada Papua New Guinea, Isnin lalu tidak berulang pada perlawanan pertama Piala AFF Suzuki berdepan Kemboja, esok.

Shahrul dilihat melakukan kesilapan apabila gagal mengeluark­an bola dari kawasan bahaya ketika berdepan Papua New Guinea hingga pasukan lawan mendapat gol pembukaan pada minit keenam.

Detik mengecewak­an

Malah, Shahrul turut menuntut rakan sepasukan yang lain dapat mempertaha­nkan kubu Harimau Malaysia dari dibocori pada minit awal perlawanan.

“Saya masih ingat insiden itu (perlawanan menentang Papua New Guinea) apabila saya gagal mengeluark­an bola dari kotak penalti. Satu detik yang mengecewak­an, tapi nasib baik kami berjaya bangkit dan menang.

“Saya harap kesilapan sama tidak berulang pada pertemuan dengan Kemboja nanti. Ia kerana perlawanan ini sangat penting dalam menentukan peluang pasukan di Piala AFF Suzuki.

“Saya juga tidak mahu lagi kesilapan sama akan menghukum pasukan sendiri dan apa yang pasti, saya akan melakukan lebih baik jika diberikan peluang oleh jurulatih (Kim Swee) untuk perlawanan pertama nanti,” katanya kelmarin.

 ?? [ FOTO OWEE AH CHUN / BH ] ?? Shahrul turut menuntut rakan sepasukan pertahan kubu Harimau Malaysia dari dibocori.
[ FOTO OWEE AH CHUN / BH ] Shahrul turut menuntut rakan sepasukan pertahan kubu Harimau Malaysia dari dibocori.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia