Berita Harian

FAM perkenal sistem pendaftara­n pemain, pegawai pasukan

-

Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memperkena­lkan sistem pendaftara­n pemain, pegawai pasukan Liga Malaysia (Liga-m) dan ahli gabungan menerusi Program FAM MYPAS dengan kerjasama Persekutua­n Bola Sepak Antarabang­sa (FIFA), awal Disember ini.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata program yang diluluskan oleh Jawatankua­sa Eksekutif FAM pada 7 November lalu menerusi projek badan induk itu, ‘FIFA Connect’ akan memudahkan pentadbira­n dan pengurusan pasukan masing-masing.

Beliau berkata, melalui platform itu, semua pemain dan pegawai yang berdaftar akan diberikan pengenalan diri (ID) dan platform itu akan menjadi asas dari aspek kawalan umur, perlindung­an pemain bawah umur serta pembanguna­n bola sepak di setiap peringkat berteraska­n ketelusan maklumat.

Impak besar

“Program ini akan membantu kita dalam integrasi maklumat pemain serta pegawai secara menyeluruh dan sistematik untuk memudahkan pentadbira­n dan pengurusan pasukan masing-masing.

“Sejajar dengan matlamat kami sebagai organisasi bola sepak yang sentiasa memandang ke hadapan, teknologi yang diguna pakai FAM MYPAS ini akan memberi impak yang besar kepada pentadbira­n pasukanpas­ukan Liga Malaysia (Liga M),” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Hamidin berkata, FAM akan menganjurk­an sesi bengkel latihan bersama pegawai pentadbir dari setiap pasukan Liga-m dan ahli gabungan, bermula 28-29 November di Wisma FAM, Kelana Jaya bagi memudahkan kelancaran program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia