Berita Harian

Kim Swee tuntut pemain ketepi spekulasi perpindaha­n

Fokus lebih 100 peratus menjelang aksi pertama Piala AFF Suzuki berdepan Kemboja, esok

-

Daripada Mohamad Zulfaizan Mansor di Yangon, Myanmar

Jurulatih skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee mahu anak buahnya memberi fokus lebih 100 peratus terhadap tugas kepada negara dan tidak memikirkan spekulasi perpindaha­n dalam Liga Malaysia (Liga M) menjelang aksi pertama Piala AFF Suzuki berdepan Kemboja, esok.

Pengendali berusia 45 tahun itu berkata spekulasi perpindaha­n pemain adalah perkara biasa sebelum Liga M bermula setiap musim.

“Namun buat masa ini, seperti selalu saya katakan, apabila kita mempunyai kejohanan di peringkat antarabang­sa pemain harus berfikir untuk skuad kebangsaan.

“Kita bermain untuk bangsa Malaysia dan ia penting untuk kita merakamkan kejayaan,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium Thuwunna, di sini, semalam.

BH Sukan semalam melaporkan Ahmad Hazwan Bakri menegaskan enggan memikirkan berkenaan tindakan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang cuba memancingn­ya dari Selangor bagi saingan Liga M musim depan.

Selain Ahmad Hazwan, antara pemain lain yang turut dilanda spekulasi perpindaha­n termasuk dua tonggak JDT, Amri Yahyah dan Safee Sali serta Norshahrul Idlan Talaha (Terengganu).

Tamatkan kemarau

Selain itu, Kim Swee turut berharap Harimau Malaysia dapat menamatkan kemarau tanpa kemenangan pada perlawanan pertama dalam saingan Piala AFF Suzuki sejak 2010.

Kali terakhir Harimau Malaysia mencatat kemenangan pada perlawanan pertama dalam kejohanan peringkat Asia Tenggara itu adalah pada 2008 ketika menewaskan Laos 3-0.

“Ya, ia sangat penting bagi kami untuk mendapatka­n kemenangan pertama pada perlawanan Ahad ini (berdepan Kemboja).

“Ia penting bagi kami menggunaka­n semua kelebihan daripada kemenangan pertama itu yang sudah pasti memberi motivasi dan menambah keyakinan kepada kepada semua pemain untuk mengharung­i dua lagi baki perlawanan,” katanya.

Untuk rekod, Malaysia tewas 1-5 kepada Indonesia dalam perlawanan pertama pada 2010 sebelum muncul juara selepas menewaskan pasukan sama di final dengan agregat 4-2.

Skuad negara kemudian tewas 0-3 kepada Singapura dalam perlawanan pertama pada edisi 2012 sebelum sekadar seri tanpa jaringan dengan Myanmar pada perlawanan pembukaan Kumpulan B untuk kejohanan 2014 di Stadium Jalan Besar, Singapura.

 ?? [FOTO OSMAN ADNAN/BH] ?? Khairul Fahmi, Khairul Azhan dan Hafizul Hakim menjalani latihan dibimbing jurulatih penjaga gol, Kris Yong Wai Hwang di Stadium Aung San menjelang aksi kejohanan Piala Suzuki AFF 2016 yang bermula esok.
[FOTO OSMAN ADNAN/BH] Khairul Fahmi, Khairul Azhan dan Hafizul Hakim menjalani latihan dibimbing jurulatih penjaga gol, Kris Yong Wai Hwang di Stadium Aung San menjelang aksi kejohanan Piala Suzuki AFF 2016 yang bermula esok.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia