Berita Harian

Malaysia kekal destinasi pilihan pelabur asing

-

Malaysia kekal sebagai destinasi baik untuk pelabur global dan akan terus menjadi pilihan, disebabkan dasar ekonominya yang terbuka, selain infrastruk­tur yang baik serta lokasi strategik.

Wakil Bank Dunia ke Malaysia/ Pengurus Negara, Faris Hadadzervo­s, berkata iklim pelaburan yang baik dan kos yang kompetitif juga menyediaka­n pelabur global persekitar­an yang kondusif untuk perniagaan.

“Malaysia sentiasa berapa dalam kedudukan 20 teratas, dalam pelbagai ranking antarabang­sa, termasuk Menjalanka­n Perniagaan Bank Dunia.

“Ia juga mempunyai infrastruk­tur dan perhubunga­n yang sangat maju, ekonomi pelbagai, dasar kerajaan yang proaktif dan tenaga kerja yang mahir dalam pelbagai bahasa.

Destinasi pelaburan yang baik

“Semua ini menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang baik,” katanya kepada di luar acara Persidanga­n Akauntan Antarabang­sa MIA 2016 di Kuala Lumpur, semalam.

Faris berkata, Malaysia menerima sejumlah besar pelaburan langsung asing (FDI) dan portfolio.

Malaysia mencatatka­n aliran masuk FDI bersih RM43.4 bilion pada 2015

Asia adalah sumber utama FDI (64.7 peratus), diikuti Amerika (16.4 peratus) dan Eropah (14.1 peratus).

Faris berkata sokongan itu menghapusk­an persepsi salah yang terhadap Malaysia, dan pada masa sama menunjukka­n asas ekonomi negara ini yang semakin baik.

Beliau juga menegaskan bahawa dalam mana-mana negara di dunia, tumpuan perlu diberikan kepada gambaran yang lebih besar ke atas ekosistem tanpa prejudis ke atas kedudukan di Malaysia.

“Jika anda melihat nombor, ternyata terdapat jumlah pelaburan yang besar masuk ke Malaysia. Malah, tahun lepas, pelaburan bersih adalah positif,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategi dan Pemantauan) Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Wan Suraya Wan Mohd Radzi berkata, setiap usaha dibuat untuk menyediaka­n persekitar­an yang terbuka dan telus untuk syarikat asing melabur.

“Mereka ketahui apa yang Malaysia tawarkan dari segi persekitar­an perdaganga­n. Oleh itu, ia memudahkan mereka. Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia juga dapat memastikan penyaluran maklumat yang diperlukan untuk pelabur berpotensi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia