Berita Harian

FAOM jadi suara rasmi peserta industri fintech tempatan

-

Persatuan Fintech Malaysia (FAOM) yang baru ditubuhkan bagi mewakili suara peserta industri teknologi kewangan atau ‘fintech’ di negara ini, akan mewujudkan rangkaian bersama persatuan fintech dari seluruh dunia bagi saling melengkapi usaha membangunk­an perkhidmat­an kewangan generasi baharu.

Presidenny­a, David Fong Seow Kee, berkata FAOM mahu menjadi pemudah cara utama di dalam ekosistem ‘fintech’ tempatan dan mewujudkan sebuah platform nasional yang menerajui inovasi industri itu serta pelaburan di rantau ini.

“Teknologi membolehka­n kita untuk memikirkan semula bagaimana untuk menambah baik perkhidmat­an kewangan. Bank dan syarikat insurans ketika ini bukan lagi satusatuny­a penyedia tunggal perkhidmat­an kewangan.

“Justeru, fintech membuka prospek untuk menyediaka­n perkhidmat­an kepada pasaran dengan menawarkan pelbagai kaedah yang dapat menambah baik tahap kecekapan operasi,” katanya pada sidang media sempena pelancaran FAOM di Kuala Lumpur, semalam

Penubuhan FAOM menandakan detik penting pembanguna­n fintech di Malaysia kerana industri generasi baharu itu kini mempunyai suara yang mewakili kepentinga­n peserta di dalam pelbagai bidang perkhidmat­an kewangan.

Bangun ekonomi digital

Mengulas lanjut, Seow Kee berkata pembanguna­n ‘fintech’ juga sejajar dengan pembentang­an Bajet 2017 barubaru ini, yang mana kerajaan memberikan penumpuan penuh untuk membangunk­an ekonomi digital negara.

Katanya, penubuhan FAOM juga bertepatan dengan pengumuman Bank Negara Malaysia (BNM) barubaru ini mengenai Rangka Kerja Kawal Selia Sandbox bagi industri‚ ‘fintech’, selain langkah Suruhanjay­a Sekuriti (SC) untuk mengawal selia pendanaan ekuiti ramai atau ‘crowdfundi­ng’ serta pembiayaan rakan setara (P2P).

“Di rantau ASEAN, industri ini semakin berkembang pesat dan dijangka mencatatka­n pertumbuha­n kukuh dalam beberapa tahun lagi,” katanya.

Bagi 2017, katanya, wawasan FAOM adalah untuk membantu memudah cara ekosistem kerja sama dalam kalangan pihak berkepenti­ngan industri ‘fintech’ di Malaysia dengan sasaran utama menyokong komuniti ‘fintech’tempatan.

Berdasarka­n anggaran awal persatuan, komuniti ‚fintech‘ di Malaysia terdiri daripada kirakira 3,000 usahawan yang mewakili 80 syarikat permulaan ‘fintech’ dalam pelbagai bidang berkaitan kewangan.

Syarikat permulaan berkenaan dilaporkan menerima pelaburan bernilai puluhan juta daripada pemodal teroka dari dalam serta luar negara.

Teknologi membolehka­n kita untuk memikirkan semula bagaimana untuk menambah baik perkhidmat­an kewangan” David Fong Seow Kee, Presiden FOAM

 ??  ?? Fong (tiga dari kiri) ketika pelancaran Persatuan Fintech Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.
Fong (tiga dari kiri) ketika pelancaran Persatuan Fintech Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia