Berita Harian

Malindo Air tawar sejuta tempat duduk RM69 sehala

-

Syarikat penerbanga­n Malindo Air menawarkan sejuta tempat duduk dengan tambang serendah RM69 sehala bagi kelas ekonomi.

Tawaran itu sempena meraikan kejayaanny­a dipilih sebagai Syarikat Penerbanga­n Serantau Asia Pasifik Tahunan bagi 2016 pada majlis Anugerah Kecemerlan­gan Penerbanga­n Asia Pasifik CAPA 2016, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Chandran Rama Muthy, berkata tawaran itu sah bagi penerbanga­n dari Subang dan Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) ke destinasi terpilih.

Beri ganjaran

“Dengan kejayaan terbaharu kami di peringkat global, kami mengambil keputusan untuk memberi ganjaran kepada pelanggan kami dengan tawaran sejuta tempat duduk.

“Inisiatif itu juga sempena permintaan tinggi pada musim cuti sekolah akan datang serta cuti umum tahun baru,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Tawaran itu sah bermula sekarang hingga 27 November 2016 bagi perjalanan antara 1 Januari hingga 30 September 2017.

Untuk menempah, layari www.malindoair.com atau hubungi 03-7841 5388. Bagi pembelian menerusi telefon mudah alih, muat turun aplikasi Malindo Air di Google Play dan App Store.

ke Penang/ Kuala Terengganu/ Langkawi/ Johor Bahru RM69 (Ekonomi)/ RM199 (Perniagaan) - sehala

ke Singapura/ Bangkok/hanoi RM109 (Ekonomi)/ RM359 (Perniagaan) - sehala

ke Perth/ Kochi/ Hong Kong RM299 (Ekonomi)/ RM799 (Perniagaan) - sehala

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia