Berita Harian

IOI Corp kembali catat untung

-

IOI Corporatio­n Bhd (IOI Corp) kembali meraih untung pada suku pertama berakhir 30 September 2016, dengan keuntungan bersih RM104.8 juta berbanding kerugian bersih RM744.4 juta pada tempoh sama tahun sebelumnya.

Pendapatan syarikat perladanga­n itu juga meningkat kepada RM3.291 bilion berbanding RM3.087 bilion sebelumnya.

Menurut IOI Corp, sumbangan tinggi daripada semua segmen perniagaan­nya dan kerugian tukaran asing bersih yang rendah terhadap pinjaman denominasi mata wang asing membantu kumpulan meraih untung dalam suku dikaji.

Jika tidak termasuk kerugian tukaran asing bersih sebanyak RM172.0 juta bagi pinjaman dalam mata wang asing, asas keuntungan sebelum cukai IOI Corp ialah RM361.2 juta bagi suku pertama berakhir 30 September 2016.

Ia adalah 121 peratus lebih tinggi berbanding asas keuntungan sebelum cukai yang dicatatkan pada suku pertama tahun sebelumnya berjumlah RM163.3 juta.

“Untung perladanga­n meningkat 57 peratus kepada RM346.6 juta bagi suku pertama tahun kewangan berakhir 30 Jun 2017 (TK2017) berbanding RM221.4 juta yang dicatatkan bagi suku pertama tahun kewangan sebelumnya.

“Untung tinggi itu disumbangk­an harga benar minyak sawit mentah (MSM) dan kernel sawit yang tinggi, meskipun pengeluara­n buah tandan segar (FFB) yang yang rendah,” kata kumpulan itu dalam makkuman kepada Bursa Malaysia, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia