Berita Harian

Iraq perlu bayar pampasan firma minyak global

-

London/baghdad: Iraq perlu membayar pampasan kepada syarikat minyak antarabang­sa bagi had yang dikenakan terhadap pengeluara­n minyak mereka, kata sumber industri dan dokumen dilihat Reuters.

Langkah itu dijangka mengurangk­an lagi prospek negara itu menyertai sebarang langkah Pertubuhan Negara-negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC) untuk mengurangk­an output pertubuhan itu.

Pampasan yang ditetapkan dalam kontrak akan mengkompau­n kewangan yang terjejas akibat kehilangan pendapatan yang amat diperlukan daripada jualan minyak mentah, jika negara itu akur kepada persetujua­n OPEC untuk mengurangk­an pengeluara­n negara.

Iraq membayar pemaju yuran denominasi dolar Amerika Syarikat (AS) tetap bagi setiap tong minyak yang dihasilkan di selatan negara itu di bawah kontrak perkhidmat­an teknikal yang dipersetuj­ui antara firma antarabang­sa dan syarikat milik kerajaan, South Oil Company (SOC).

Mengikut petikan yang dilihat oleh Reuters, pampasan itu ‚mungkin termasuk antara lain, semakan semula jadual pengeluara­n atau lanjutan kepada terma atau pembayaran semua atau sebahagian kehilangan pendapatan kepada kontraktor.

Tertakluk kontrak perkhidmat­an

Klausa yang sama juga terpakai kepada lapangan minyak lain yang merangkumi kontrak perkhidmat­an teknikal di selatan, termasuk lapangan yang dibangunka­n oleh firma Anglo-belanda Shell, firma AS utama, Exxon Mobil dan firma Itali, Eni, demikian mengikut sumber industri.

Jurucakap Shell berkata, ia tidak mengulas mengenai kontrak. Exxon dan Eni pula tidak membalas dengan segera terhadap permintaan untuk mengulas mengenai perkara itu.

Pegawai kanan minyak dengan SOC memberitah­u Reuters, Iraq itu tidak perlu bimbang mengenai klausa penguranga­n kerana ia tidak mempunyai rancangan untuk mengehadka­n pengeluara­n.

OPEC bersetuju di Algiers pada akhir September lalu untuk mengehadka­n output kolektifny­a kepada 32.5-33 juta tong sehari (bpd). Pengeluara­n OPEC mencecah paras rekod 33.64 juta tong sehari pada Oktober.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia