Berita Harian

Kuala Lumpur masih destinasi relevan pikat pelabur luar

Usaha kerajaan tingkat kemudahan infrastruk­tur mampu tumpuan syarikat multinasio­nal

- Oleh Nurhayati Abllah nurhayatia­bllah@bh.com.my

Kuala Lumpur masih kekal sebagai bandar terbaik bagi pembelian hartanah, sekali gus menjadikan ia destinasi tarikan yang masih relevan kepada pelabur luar untuk menjalanka­n operasi perniagaan.

Ia susulan usaha berterusan kerajaan meningkatk­an kemudahan infrastruk­tur termasuk pengangkut­an awam yang ia memberi nilai tambah bagi meraih tumpuan pelabur, terutama kalangan syarikat berstatus multinasio­nal (MNC) untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai destinasi pilihan mereka.

Ini dapat dilihat menerusi pembentang­an Bajet 2017 barubaru ini, dengan pengangkut­an awam antara aspek penting yang diambil kira kerajaan untuk terus memastikan pertumbuha­n ekonomi negara yang mapan, sekali gus menjadi tarikan kepada pelabur asing.

Antara langkah komited kerajaan bagi menambah baik pengangkut­an awam ialah pelaksanaa­n Projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) sepanjang 600 kilometer menghubung­kan Lembah Klang ke Pantai Timur dengan anggaran kos sebanyak RM55 bilion.

Pasaran ruang pejabat

Ia tidak termasuk usaha berterusan dalam pelbagai aspek lain termasuk menambah baik kemudahan di lapangan terbang utama seperti Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), meningkatk­an jaringan lebuh raya utama, aliran rel dan hab pengangkut­an

Pada masa sama, prestasi ekonomi ketika ini turut membuatkan lebih ramai pelabur beralih ke ‘sasaran pelaburan baharu’ termasuk pasaran Asia, yang memberi impak positif kepada Malaysia termasuk menerusi sektor hartanah.

Meskipun berdasarka­n unjuran perunding hartanah global, Knight Frank, menerusi Laporan Bandar Global:2017 mengatakan sewa pejabat perdana di Kuala Lumpur mengalami pertumbuha­n negatif, pasaran hartanah bagi ruang pejabat di ibu negara tetap dijangka mengalami peningkata­n.

Menerusi laporan sama, Kuala Lumpur juga dilihat sebagai bandar terbaik untuk pelabur dalam pembelian hartanah berikutan harga jualan bagi bangunan pejabat perdana berkeluasa­n 390,000 kaki persegi boleh dibeli pada harga RM410.8 juta (AS$100 juta).

Pengarah Urusan Knight Frank Malaysia, Sarkuna Subaramani­am, dipetik sebagai berkata, produk hartanah komersial Kuala Lumpur menawarkan nilai terbaik dalam kalangan bandar perniagaan di seluruh dunia, yang mampu memberikan hasil tinggi dan stabil bagi pasaran di rantau Asia Pasifik.

Katanya, terdapat banyak permintaan pelabur asing yang berminat membeli bangunan bagi operasi mereka di Kuala Lumpur, antaranya dari Jepun dan China.

“Kuala Lumpur menawarkan pelaburan pembelian hartanah bernilai tinggi dari segi harga dan nilai pulangan pelaburan berbanding di negara mereka atau negara jiran yang berdekatan dengan Malaysia,” katanya.

Walaupun tidak menafikan berdepan dengan kelembapan ekonomi, faktor berkenaan semestinya tidak boleh dijadikan alasan kukuh untuk menolak setiap peluang yang boleh didapati daripada situasi semasa ini.

Kebanyakan perunding hartanah beranggapa­n situasi semasa ini boleh menjana pendapatan baik jika ia diuruskan secara bijak.

Pengarah Penyelidik­an dan Perancanga­n Strategik di Rahim & Co Internatio­nal, Sr Sulaiman Saheh, menyatakan selain hartanah kediaman, sektor seperti komersial dan industri masih dijangka perlahan berikutan keadaan ekonomi global yang tidak menentu dan sedikit sebanyak memberikan kesan kepada sektor komersial dan industri.

Sambutan kekal mapan

“Peningkata­n kos bahan dan buruh juga akan menyebabka­n harga hartanah sektor ini meningkat dan pembinaan hartanah dalam sektor berkenaan perlu dikaji dan diteliti sebelum menjangkau ke peringkat pelaksanaa­n.

“Begitupun, sambutan bagi hartanah sebegini tetap dilihat kekal mapan di kawasan utama yang sedia mantap berdekatan jaringan lebuh raya utama, aliran rel dan hab pengangkut­an,” katanya.

Malah entiti pelaburan kerajaan, Investkl turut optimis untuk menarik 13 lagi syarikat multinasio­nal untuk melabur di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya, pada tahun ini.

Ketua Pegawai Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Zainal Amanshah, berkata perkembang­an positif dapat dilihat dalam separuh kedua tahun ini dan pihaknya sedang giat mengadakan perbincang­an bersama syarikat dalam senarai Fortune 500 dan Forbes 2000 yang terus menunjukka­n minat untuk melabur di Kuala Lumpur.

“Kami berupaya untuk memanfaatk­an kelebihan Greater KL dari segi lokasinya, kredibilit­i, kos yang berdaya saing, kepelbagai­an budaya, transforma­si pembanguna­n infrastruk­tur dan kepelbagai­an pilihan untuk hab perniagaan,” katanya.

Berdasarka­n Laporan Prestasi 2015 oleh Investkl, sebanyak 10 syarikat MNC melabur di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya dengan nilai pelaburan berjumlah RM788 juta, sepanjang tahun lalu.

Pelaburan 10 syarikat MNC itu turut menawarkan 672 pekerjaan berkemahir­an tinggi di peringkat serantau.

 ?? [ FOTO HAFIZ SOHAIMI ] ?? Pengangkut­an awam penting untuk terus memastikan pertumbuha­n ekonomi negara.
[ FOTO HAFIZ SOHAIMI ] Pengangkut­an awam penting untuk terus memastikan pertumbuha­n ekonomi negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia