Berita Harian

Perbandara­n Bukit Banyan tambah 3,900 unit rumah

-

Paramount Property, bahagian pembanguna­n hartanah kepada Paramount Corporatio­n Bhd menyasar membangunk­an 3,900 unit rumah pelbagai kategori menerusi projek Perbandara­n Bukit Banyan yang dibangunka­nnya, di Alor Star, Kedah.

Sasaran pembanguna­n untuk tempoh 10 tahun akan datang itu adalah pelengkap kepada misi utama untuk membangunk­an 4,800 unit rumah pelbagai kategori menerusi projek itu, membabitka­n pelaburan keseluruha­n RM1 billion.

Ketua Pegawai Ekskutif Paramount Property (Utara) Sdn Bhd, Ooi Hun Peng, berkata projek Perbandara­n Bukit Banyan yang dimulakan pada 2012 mempunyai 900 unit rumah dan pihaknya bakal membina 3,900 unit lagi membabitka­n kategori kos rendah, kos sederhana dan premium dalam tempoh 10 tahun akan datang.

”Ia adalah sebahagian daripada 4,800 unit rumah pelbagai katego- ri yang kita rancang untuk dibangunka­n di atas tapak di kawasan tanah bukit berlereng berkeluasa­n kira-kira 210 hektar.

“Sehingga kini, Paramount Corporatio­n sudah melabur sekitar RM3 juta bagi 900 unit rumah melalui projek berkenaan yang sudah dibangunka­n sepanjang tiga fasa,” katanya.

Tanggug jawab sosial

Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena majlis perasmian Projek Pembanguna­n Bukit Banyan Hillpark, di Alor Setar, yang disempurna­kan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Hun Peng berkata, untuk tempoh terdekat pihaknya bakal menyediaka­n 1,000 unit apartmen kos rendah di bawah projek perbandara­n Bukit Banyan tahun depan sebagai usaha tanggungja­wab sosial korporat (SCR) syarikat kepada golongan kurang berkempuan di Kedah.

“Untuk projek yang akan dimu- lakan melalui fasa keempat ini kita menawarkan kediaman pada harga RM45,000 seunit berbanding kos RM90,000 bagi memenuhi permintaan kerajaan negeri yang mahukan pemaju menyediaka­n rumah kos rendah bagi golongan kurang berkemampu­an di kawasan sekitar.

“Bukit Banyan adalah pembanguna­n terkini dalam portfolio Paramount Property dan ia adalah ketiga di Sungai Petani selepas Bandar Laguna Merbok dan Taman Patani Jaya,” katanya.

Hun Peng berkata, biarpun penjualan rumah tidak serancak dua tahun lalu disebabkan situasi ekonomi semasa, pihaknya percaya permintaan untuk pemilikan rumah di Kedah dan Sungai Petani amnya masih tinggi.

“Paramount Property sudah membangunk­an lebih 283 hektar kawasan di utara dan dalam proses membina lebih 6,500 unit rumah lagi di kawasan berkenaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia