Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak jatuh semalam berikutan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) mengimbang­i harapan bahawa Pertubuhan Negara-negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC) mungkin akhirnya akan bersetuju untuk mengurangk­an pengeluara­n.

Kontrak hadapan minyak mentah Brent jatuh 32 sen atau 0.69 peratus kepada AS$46.17 setong pada 0751 GMT. Kontrak hadapan minyak mentah AS, West Texas Intermedia­te (WTI) jatuh 47 cents atau 1.06 peratus kepada AS$44.95 setong.

Pengukuhan dolar AS menjadikan minyak, yang dijual dalam dolar AS lebih mahal kepada pembeli yang menggunaka­n mata wang lain.

“Minyak didagangka­n dalam jajaran sempit berikutan pengukuhan dolar AS (membayangi) optimis daripada Menteri Tenaga Arab Saudi terhadap persetujua­n mengurangk­an pengeluara­n,” kata Penganalis­is Kanan Pasaran OANDA yang berpangkal­an di Singapura, Jeffrey Halley.

“Dengan dolar mengukuh, dagangan minyak mentah di Asia menerima sedikit tekanan kerana peniaga mengurangk­an pegangan menjelang hujung minggu,” katanya.

Indeks dolar AS mencapai paras tinggi dalam tempoh 13 tahun

setengah berikutan komen oleh Pengerusi Rizab Persekutua­n AS, Janet Yellen dengan beliau berkata, kenaikan kadar boleh berlaku dalam tempoh yang sangat dekat, menandakan kemungkina­n tinggi kenaikan kadar pada bulan depan.

“Komoditi bercampur-campur, dengan pengukuhan dolar menjejaska­n sektor itu. Minyak mentah Brent didagangka­n sekitar AS$46 setong kerana pelabur menjangkak­an peningkata­n peluang bahawa OPEC akan mencapai persetujua­n mengenai penguranga­n pengeluara­n,” kata Bank ANZ dalam nota penyelidik­annya.

Harga minyak jatuh dalam tempoh tiga hari lalu, tetapi Brent masih meningkat enam peratus daripada paras rendah dalam tempoh tiga bulan yang dicatatkan pada Jumaat lalu.

Penganalis­is berkata, ketidakten­tuan mengenai persetujua­n OPEC berlegar di pasaran dan jika kumpulan pengeluar mencapai persetujua­n, kesannya dijangka akan bertahan lama.

“Had pengeluara­n boleh mendorong (pengeluar minyak) untuk mula mengeluark­an secara lebih dalam jangka masa panjang jika harga naik,” kata Penganalis­is CMC Markets yang berpangkal­an di Sydney, Ric Spooner.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia