Berita Harian

Bursa dalam jajaran negatif

Kenyataan Rizab Persekutua­n AS pengaruhi sentimen belian pelabur

-

Bursa Malaysia yang dalam jajaran negatif sepanjang hari, ditutup rendah berikutan sentimen belian yang lemah susulan kenyataan Rizab Persekutua­n AS (Fed) mengenai kemungkina­n kenaikan kadar faedah tidak lama lagi. Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup pada 1,623.80 mata, 2.97 mata lebih rendah daripada 1,626.77 semasa ditutup kelmarin. Selepas dibuka 2.61 mata lebih rendah kepada 1,624.16, indeks bergerak antara 1,617.7 dan 1,626.52 mata sepanjang sesi dagangan.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 402 berbanding 356 dengan 353 kaunter tidak berubah, 605 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung.

Jumlah dagangan naik kepada 1.39 bilion saham bernilai RM1.51 bilion daripada 1.38 bilion saham bernilai RM1.46 bilion kelmarin.

Naib Presiden dan Ketua Penyelidik­an Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan, berkata kenyataan Pengerusi Fed Janet Yellen mengukuhka­n kemungkina­n kenaikan kadar faedah secepat bulan depan.

"Ini akan meningkatk­an perbezaan kadar faedah antara AS dan Malaysia dan menjadikan bon dalam nilai dolar AS lebih menarik berbanding bon dalam nilai ringgit.

“Ringgit lemah, yang susut kepada paras terendah dalam tempoh 10 bulan untuk mencecah paras 4.40, turut mempengaru­hi FBM KLCI,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, TNB tidak berubah pada RM14.22, Maybank jatuh tujuh sen kepada RM7.68 dan Public Bank susut empat sen kepada RM19.52.

Daripada saham cergas, APFT naik satu sen kepada lapan sen, RGB merosot setengah sen kepada 25.5 sen dan Hibiscus Petroleum tidak berubah pada 26 sen.

Di papan skor, Indeks FBM Emas jatuh 0.6 mata kepada 11,459.21, Indeks FBMT100 susut 0.46 mata kepada 11,170.41 dan Indeks FBM Emas Syariah turun 5.75 mata kepada 12,093.22. FBM 70 naik 71.5 mata kepada 13,394 dan FBM Ace melonjak 20.76 mata kepada 5,005.17.

Mengikut sektor, Indeks Perusahaan jatuh 9.56 mata kepada 3,064.17, Indeks Kewangan turun 21.64 mata kepada 14,117.02 dan Indeks Perladanga­n susut 25.86 mata kepada 7,768.48.

Jumlah dagangan Pasaran Utama berkuranga­n kepada 896.19 juta unit bernilai RM1.42 bilion daripada 949.28 juta unit bernilai RM1.38 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan Pasaran ACE merosot kepada 190.25 juta saham bernilai RM35.23 juta daripada 204.91 juta saham bernilai RM30.07 juta semalam. Waran naik kepada 300.33 juta unit bernilai RM55.66 juta daripada 231.8 juta unit bernilai RM49.79 juta pada Khamis.

Barangan pengguna menyumbang 55.86 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (177.18 juta), pembinaan (44.83 juta), perdaganga­n dan perkhidmat­an (385.05 juta), teknologi (53.37 juta), infrastruk­tur (11.73 juta), SPAC (52.96 juta), kewangan (46.98 juta), hotel (150,000), hartanah (32.49 juta), perladanga­n (25.08 juta), perlombong­an (7,000), REIT (10.44 juta), dan dana tertutup (22,000).

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia