Berita Harian

Saham Asia catat dagangan lemah

-

peratus dengan mencecah paras rendahnya dalam tempoh empat bulan pada awal minggu ini. Ia menyaksika­n kerugian empat minggu berterusan.

Kenaikan dolar bagaimanap­un, adalah satu rahmat kepada indeks utama Jepun, Nikkei yang menokok 1.0 peratus ke paras tertinggi dalam tempoh 10 bulan.

Indeks S&P naik

Di Wall Street, penanda aras indeks S&P 500 naik 0.5 peratus.

Di Asia, dolar menokok ke paras tertinggi 110 yen untuk kali pertama sejak Jun, manakala euro menjunam berbanding dolar ke paras tidak pernah dicapai dalam tempoh 12 bulan.

Di kalangan mata wang pasaran baharu muncul, won Korea Selatan jatuh 0.6 peratus, rupiah Indonesia susut 0.3 peratus dan peso Mexico jatuh 1.3 peratus.

Ringgit Malaysia juga susut 0.4 peratus ke paras terendah dalam tempoh 10 bulan.

Sementara dalam dagangan ekuiti, Tokyo berakhir 0.6 peratus lebih tinggi dengan pengekspor­t beralih kepada yen yang lebih lemah.

Hong Kong menambah 0.1 peratus dalam dagangan petang dan Sydney meningkat 0.4 peratus. Namun, Shanghai jatuh 0.5 peratus, manakala Jakarta, Kuala Lumpur, Bangkok dan Mumbai turut rendah.

 ?? [FOTO EPA] ?? Pelabur melihat paparan menunjukka­n kadar pertukaran antara yen Jepun dan dolar Amerika Syarikat di Nikkei Stock Average Tokyo ketika dagangan di Tokyo, Jepun, semalam.
[FOTO EPA] Pelabur melihat paparan menunjukka­n kadar pertukaran antara yen Jepun dan dolar Amerika Syarikat di Nikkei Stock Average Tokyo ketika dagangan di Tokyo, Jepun, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia