Berita Harian

Tiada syarat

-

pernah merungut dengan kesibukann­ya, meskipun mereka masih belum berkesempa­tan berbulan madu.

Akui Ika, biarpun tidak pernah menonton naskhah lakonannya, suaminya sentiasa memberi galakan supaya terus bekerja kerana enggan dirinya bosan sendirian di rumah.

“Suami mahu saya mempunyai kerjaya dan pendapatan sendiri. Alhamdulil­lah, suami sangat terbuka malah tidak pernah meletakkan syarat tertentu sebelum saya menerima sesuatu tawaran. Suami pula belum terbiasa dengan cara kerja industri.

Jadi, apabila menemani saya di lokasi, suami lebih selesa menunggu dalam kereta.

“Disebabkan perkara itu, timbul andaian saya isteri kedua. Ramai menyangkak­an saya berkahwin dengan lelaki berusia, tambahan pula raut wajah suami lebih matang apabila mengenakan kaca mata. Bukan hanya dalam kalangan penggiat industri, tetapi saya menerima komen yang sama di laman sosial.

“Apabila perkara itu dikongsi bersama suami, dia hanya tertawa. Kami tidak pernah mengambil serius perkara itu kerana menganggap­nya sebagai gurauan,” katanya.

Mahu cahaya mata segera

Ika berkata, dirinya dan suami juga tidak pernah merancang mengenai cahaya mata. Seandainya diberikan Allah rezeki, Ika ingin segera menimang anak sebagai pengerat kasih sayang. Apatah lagi, Ika dan suami begitu mencintai kanak-kanak menyebabka­n mereka enggan bertangguh untuk mempunyai zuriat pada usia muda.

“Allah sudah menyusun perjalanan hidup ini dengan baik. Andai kami dikurniaka­n segera zuriat, pasti saya dan suami tidak akan menolak. Insya-allah, jika mempunyai rezeki, saya tidak akan lupa untuk berkongsi. Ketika ini, saya cuba mengubati keinginan itu dengan menghabisk­an masa bersama anak saudara,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia