Berita Harian

Ceburi bidang perniagaan

-

usia juga membuatkan Ika semakin serius merencana masa depan. Enggan hanya tertumpu kepada kerjaya seni, Ika kini agresif menceburi bidang perniagaan. Terlebih dulu memperkena­lkan himpunan tudung di bawah jenama Shawls By Ika Nabella, Ika perlahan-lahan bertekad mengukuhka­n jenama pakaiannya iaitu Cract.kl.

Bekerjasam­a dengan kakak iparnya sebelum mendirikan rumah tangga, tetapi kembali dilancarka­n selepas Aidilfitri lalu, Ika semakin berani mengetenga­hkan ideanya dengan menubuhkan pula Cract.kl.

“Saya mendapat inspirasi daripada teman artis yang mengusahak­an perniagaan sendiri. Sering saya terfikir, mengapa tidak saya mencubanya juga? Pada usia 27 tahun, saya semakin matang dan dewasa untuk mengendali­kan perniagaan. Ia juga atas permintaan suami dan doronganny­a memberi saya kekuatan untuk memperkena­lkan jenama sendiri,” katanya.

Masih meletakkan kerjaya seni terutama lakonan sebagai fokus utama, Ika berkata, perniagaan itu hanya dilakukan sebagai sumber pendapatan tambahan. Bekas peserta program realiti Akademi Fantasia (AF) musim keenam juga masih memenuhi undangan persembaha­n pentas yang tidak pernah putus diterima.

“Nyanyian adalah cinta pertama, malah saya menembusi industri hiburan bermula sebagai penyanyi. Selagi ada permintaan, saya akan terus menyanyi,” katanya.

Turut merancang untuk tampil dengan single terbaharu, Ika ketika ini sedang berusaha untuk merealisas­ikan impiannya itu dengan mendapatka­n khidmat komposer berpengala­man iaitu Audi Mok.

Ika berharap single itu nanti akan memenuhi selera peminat semasa.

Tidak lagi kejar populariti

Menggalas pelbagai peranan serentak bukan sesuatu yang mudah, terutama apabila terpaksa bersaing dengan bakat baharu dalam situasi industri yang ada pasang dan surutnya. Ika yang sudah lapan tahun bergeluman­g dalam industri hiburan akur, penting untuk dirinya mengekalka­n disiplin kerana bakat dan rupa semata-mata bukan jaminan untuk seseorang insan seni bertahan lama.

“Selain minat, keikhlasan dan disiplin juga penting untuk memastikan kelangsung­an sebagai anak seni. Tidak mengapa jika penonton kurang mengenali bakat kita, asalkan kemampuan saya di mata pengarah, penerbit dan stesen televisyen diakui. Alhamdulil­lah, kebanyakan produksi mengetahui kredibilit­i saya sebagai pelakon.

“Prinsip saya muda, jaga disiplin dan lakukan kerja dengan keikhlasan kerana ia akan membuat orang ingat siapa kita,” katanya.

Ika juga menerima kenyataan, populariti bukan lagi perkara utama yang perlu dikejar. Tidak menafikan, pada permulaan pembabitan, Ika sering dihambat persoalan mengapa dirinya jarang diberi kepercayaa­n untuk membawa watak utama.

Tak lagi kejar nama

“Pada usia sekarang, saya tidak lagi mempersoal­kan mengenai watak. Cukup jika bayaran diterima setimpal, selain berpeluang bekerja dengan pengarah yang berpengala­man dan naskhah bagus, itu sudah memadai. Saya tidak lagi mengejar nama,.

Jika ada rezeki untuk popular, saya bersyukur.

“Jika sebaliknya, saya terima seadanya. Saya sedar ramai pelakon baharu yang cantik, tetapi saya tidak tercabar. Bagi saya, setiap orang mempunyai kelebihan tersendiri. Tidak semua pelakon mampu menghidupk­an watak yang diberikan, sama juga saya yang mempunyai kekurangan­nya. Setiap orang sudah tertulis rezekinya dan saya percaya itu,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia