Berita Harian

Sakura Band tebus kekecewaan

Puas hati apabila tampil lebih baik ketika beraksi pada Separuh Akhir Muzik-muzik 31

- Oleh Fatin Farhana Ariffin

Mfatin.farhana@bh.com.my

asih bersisa kekecewaan apabila single keempat, Polaroid tewas ketika persaingan Separuh Akhir Muzik-muzik 31 (MM31) pada 11 November lalu. Meletak harapan tinggi untuk melihat single itu melangkah jauh, Sakura Band akur, rezeki masih belum menyebelah­i mereka.

Kumpulan yang dianggotai Melley Matius atau Mel selaku vokalis, Mohd Haikal Mohd Zainin (Akai/bass), Ali Ezzati

Musavi Abd Malek (Ali/gitar utama) dan Muhammad Haniff Johari (Hanif/gitar kedua) itu, bagaimanap­un berpuas hati dengan prestasi yang mereka pamerkan pada malam itu.

Kali kedua bersaing, Sakura Band yang terlebih dulu mempertaru­hkan lagu Melepaskan­mu pada Separuh Akhir MM30, tahun lalu berbangga kerana persembaha­n terbaharu mereka lancar tanpa sebarang masalah.

“Biarpun gagal mara, namun kami dapat menebus kekecewaan tahun lalu kerana persembaha­n terbaharu ini jauh lebih baik. Tahun lalu, kami terpaksa akur apabila berdepan masalah teknikal ketika membawakan Melepaskan­mu. Persembaha­n kali ini lebih teratur, malah kami juga dapat mengatasi perasaan gugup.

“Secara keseluruha­n, Sakura Band tampil lebih matang dan bertenaga. Bukan hanya kami, tetapi pengurusan juga berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan ketika membawakan Polaroid. “Persiapan yang dibuat juga lebih teliti, seolah-olah kami sudah sedia bersaing pada kemuncak AJL31.

“Reaksi positif yang diberikan ramai mengikis sedikit perasaan kecewa dan terkilan kerana kami sudah memberikan yang terbaik. Cuma rezeki masih belum menyebelah­i, tetapi kami tidak berputus asa untuk terus mencuba pada tahun depan,” kata Mel mewakili tiga temannya yang lain.

Hormat pilihan juri

Menghormat­i pilihan yang dibuat juri profesiona­l, tidak terlintas perasaan iri di hati mereka apabila melihat penyanyi lebih muda mara ke pentas AJL31. Enggan terus mengalah, anak didik kumpulan 6ixth Sense ini mempertaru­hkan single terbaharu, Yakini Ku yang masih mempertaha­nkan genre Dance Pop.

Single ciptaan Sakura Band sendiri ini akan dirakamkan dalam masa terdekat dan mereka merancang untuk memperkena­lkannya pada awal tahun depan. Meskipun sering menaruh harapan setiap lagu yang dihasilkan akan membawa mereka melangkah jauh, Sakura Band bagaimanap­un enggan membiarkan diri tertekan.

“Kami hanya memberi fokus kepada penghasila­n lagu berkualiti. Kami menitikber­atkan kematangan dan sentuhan yang diberikan harus lebih baik berbanding dulu. Apabila menghasilk­an karya yang lebih baik, dari situ akan datang penghargaa­n. Perkara itu yang sering kami tekankan setiap kali berkarya.

“Melangkah ke

Separuh Akhir MM31 banyak membantu kami membangunk­an kerjaya. Alhamdulil­lah, rezeki kami juga murah apabila menerima pelbagai tawaran baharu. Dalam setiap apa yang dilakukan, kami berusaha memberikan yang terbaik. Kami mahu Sakura Band dikenali kerana bakat dan kualiti,” kata Hanif.

Album sulung tahun depan

“ Kumpulan yang ditubuhkan sejak tahun 2012 ini turut menyimpan niat untuk tampil dengan album sulung pada tahun depan. Menyedari pasaran album fizikal yang semakin terbatas, Sakura Band memikirkan strategi terbaharu untuk memastikan usaha mereka berhasil.

“Kami akan cuba mencari kelainan dalam strategi pemasaran album itu. Semua itu masih dalam perancanga­n kerana kami mahu tampil kreatif dan diingati ramai. Mungkin album ini akan dikeluarka­n dalam bentuk pemacu pena yang mudah dibawa ke mana-mana.

“Kami bagaimanap­un, tidak mahu terkejar-kejar menghasilk­annya biarpun sudah hampir empat tahun menanti. Penantian panjang itu memberi kami kelebihan kerana pendengar sudah sebati dengan muzik Sakura Band,” kata Akai pula.

Album itu akan memuatkan empat single terdahulu, selain Yakini Ku. Lebih istimewa, Sakura Band juga merancang untuk merakamkan gambar kulit muka album itu ketika bercuti di Jepun tahun hadapan. Mereka juga merancang untuk merakamkan muzik video single terbaharu di sana.

Sakura Band dianggotai

Melley Matius atau Mel selaku vokalis, Mohd Haikal Mohd Zainin (Akai/bass),

Ali Ezzati Musavi Abd

Malek (Ali/gitar utama) dan Muhammad Haniff Johari (Hanif/gitar kedua).

Sakura Band pernah tampil dengan empat single iaitu Setelah Hujan, Pelarian, Melepaskan­mu dan Polaroid. Melepaskan­mu dan Polaroid pernah bersaing pada peringkat Separuh Akhir Muzik-muzik.

Sakura Band menjadikan kumpulan

antarabang­sa seperti Coldplay dan Imagine Dragons sebagai sumber inspirasi dalam berkarya.

 ??  ?? Mel
Mel
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia