Berita Harian

Serius di lokasi

Perwatakan ‘dingin’ Syamsul uji Bella cari keserasian sepanjang penggambar­an Desolasi

- Oleh

Memiliki persamaan personalit­i iaitu pendiam, namun dua figura yang disatukan dalam filem terbaharu arahan Syafiq Yusof, ini tidak sukar mencari keserasian di lokasi penggambar­an. Kali pertama digandingk­an sebagai teraju utama, Syamsul Yusof dan Bella Dally tidak kekok sepanjang di penggambar­an.

Sikap berterus-terang Syamsul mengelakka­n salah tanggapan yang menyukarka­n mereka untuk bekerjasam­a. Akui Syamsul, sikap serius Bella di lokasi juga mengusir segala resah yang sempat menyapanya kerana tidak pernah tahu kemampuan sebenar pelakon kelahiran

Sabah itu.

“Sejak awal lagi, saya memaklumka­n kepada Bella, saya bukan pelakon yang gemar bersosial hingga pernah dianggap sombong ketika di lokasi. Saya bukan seperti itu, cuma tidak banyak berinterak­si ketika serius bekerja,“katanya. Meskipun pada permulaan, timbul sedikit kekangan apabila Syamsul kelihatan seperti ‚dingin‘ tetapi sikap profesiona­l pelakon yang turut mencipta nama sebagai pengarah berkaliber itu memudahkan segala urusan. Keselesaan itu juga membuatkan tempoh 55 hari penggambar­an tidak terasa lama.

“Baik Syamsul, mahupun Syafiq, mereka hanya akan berinterak­si apabila perlu.

Sukar untuk mendengar mereka berbual kosong. Pada awal penggambar­an, agak sukar untuk saya meletakkan diri kerana Syamsul banyak buat hal sendiri. Saya bernasib baik kerana watak yang dibawa tidak terlalu berat,” kata Bella.

Raih 9 juta tontonan

Bakal menjengah pawagam bermula 8 Disember ini, trailer

yang dimuat naik di laman sosial, Youtube dan Facebook sudah ditonton lebih sembilan juta peminat. Jumlah besar itu meyakinkan Syamsul,

bakal mendapat maklum balas positif peminat.

Keyakinan tinggi itu diletakkan­nya kerana Syamsul percaya dengan hasil kerja adiknya.

“Saya terpegun menonton trailer filem itu. Sebaik saja selesai penggambar­an, saya pernah memberitah­u Syafiq hanya akan menonton filem ini apabila siap sepenuhnya. Saya cuba letakkan diri sebagai penonton dan sebaik trailer filem itu diperkenal­kan, tubuh saya meremang.

“Saya tabik dengan kemampuan Syafiq. Secara peribadi, kami berdua mempunyai misi berbeza ketika menghasilk­an filem. Saya lebih memberikan fokus kepada jalan cerita, manakala kekuatan Syafiq terarah kepada teknik penggambar­an. Filem ini juga banyak bermain dengan kesan khas

Imej Janaan Komputer (CGI).

“Disebabkan itu, ia mengambil masa yang lama untuk disiapkan. Tambahan pula, Syafiq mementingk­an kesempurna­an. Melihat hasilnya, penantian panjang Syafiq itu berbaloi. Saya yakin penonton juga akan bersetuju dengan pendapat saya ini,” katanya.

Bakal jengah Indonesia

Meskipun belum ditayangka­n,

sudah menarik perhatian pawagam di Indonesia untuk memutarkan­nya. Reaksi positif pengedar filem yang terlebih dulu memasuki pawagam di sana, meyakinkan mereka untuk membawa

ke Indonesia.

“Ketika mendapat skrip, saya yang pernah duduk di kerusi pengarah mengakui ia agak sukar untuk direalisas­ikan.

Saya terfikir, mampukah Syafiq menghasilk­annya kerana filem ini terlalu berat. Mungkin ia tidak sukar bagi sutradara yang berpengala­man,.

“Filem ini terlalu kental dengan elemen kemanusiaa­n dan ia agak berat untuk

Syafiq. Namun, Syafiq berusaha meyakinkan saya malah sentiasa bersungguh-sungguh ketika di lokasi,” katanya.

Pernah tiga kali menjulang trofi Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) menerusi Evolusi Kl Drift, KL Gangster dan Munafik, Syamsul berkata, Desolasi turut mendapat pujian daripada ayahnya, Datuk Yusof Haslam.

“Kalau ayah berpuas hati, ia bermaksud filem itu memenuhi segala ramuan untuk mencipta kejayaan. Kebanyakan filem garapan saya seperti sukar memuaskan hati ayah. Ia berbeza dengan yang disukai ayah. Saya akui, Syafiq tahan mendengar kritikan.

“Biarpun masih baharu, ayah meletakkan harapan yang tinggi kepadanya. Mungkin saya lebih berpengala­man, tetapi Syafiq mampu membuktika­n keupayaann­ya. Tidak timbul isu ego atau tercabar kerana sebagai abang, saya ingin melihat adik menjadi pengarah yang lebih baik.

“Kejayaan Syafiq bermakna kejayaan kami sekeluarga. Secara peribadi, filem ini istimewa kerana ia produksi pertama yang membabitka­n kami sekeluarga. Saya menjadi pengarah, manakala bapa menerbitka­nnya dan saya pula membawa watak utama,” katanya lagi.

 ??  ?? Desolasi Desolasi Desolasi Desolasi Desolasi Munafik Munafik Desolasi Syamsul Yusof
Desolasi Desolasi Desolasi Desolasi Desolasi Munafik Munafik Desolasi Syamsul Yusof
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia