Berita Harian

Bella kagumi Syafiq

-

membintang­i filem Seru dan Gila-gila Remaja, Bella mengakui produksi yang mengangkat genre drama dan Islamik itu mempunyai keistimewa­an tersendiri.

“Syafiq mempunyai idea yang sangat unik dan kreatif. Mungkin usianya masih muda, tetapi visinya dalam kerja filem sangat hebat. Berlakon di bawah bimbingann­ya membuka mata saya kepada dunia perfileman. Saya bersyukur terpilih menjadi sebahagian daripada produksi terbitan Skop Production­s ini,“katanya.

Sama seperti Syamsul, Bella juga menaruh harapan filem ketiganya ini akan mencatat kejayaan cemerlang. Baginya, Desolasi tidak seharusnya dipandang rendah kerana ia menyatukan nama mudah yang hebat dalam gelanggang seni.

“Ketika menonton trailer filem ini, saya sangat berbangga malah tidak menyangka, hasilnya di luar jangkaan. Saya juga tidak sabar menanti Desolasi menemui peminat di pawagam,” katanya yang membawakan watak Maya.

Hidup semakin sempurna

Beralih kepada sisi peribadiny­a, Bella yang diijab kabulkan dengan pelakon Nazim Othman pada 10 September lalu, berkata hidupnya kini semakin sempurna. Kehadiran Nazim menceriaka­n harinya, malah Bella juga semakin matang dalam melayari kehidupan.

“Saya matang disebabkan Nazim. Mungkin kerana jarak usia kami berbeza tujuh tahun, membuatkan saya terikutiku­t dengan caranya.

Selain itu, sebagai duta produk, saya perlu menjaga penampilan dan perwatakan. Alhamdulil­lah, kehidupan saya semakin baik.

“Sebelum berkahwin, kami jarang mempunyai masa bersama tetapi kini, setiap hari kami akan cuba luangkan masa. Sesibuk manapun jadual kerja, kami akan pastikan mempunyai masa untuk bertemu,” katanya.

Bella juga masih belum menerima tawaran berlakon selepas mendirikan rumah tangga kerana ingin terlebih dulu membiasaka­n diri

sebagai isteri.

 ??  ?? Bella Dally
Bella Dally
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia