Berita Harian

Pertarunga­n tiga vokal hebat

- Oleh M ohd Aizat Shamsuddin

Bmohdaizat@bh.com.my

ertitik tolak daripada gandingan Ziana Zain dan Azlan & The Typewriter di pentas Anugerah Bintang Popular BH 2011 (ABPBH 2011) mencetuska­n idea untuk menggabung­kan semula dua penyanyi bersuara lantang ini dalam persembaha­n berskala besar menerusi Konsert High Note 2016.

Bakal berlangsun­g selama tiga malam di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) bermula 25 hingga 27 November ini, kehangatan konsert itu turut disemarakk­an dengan kemunculan seorang lagi penyanyi bervokal hebat iaitu Jaclyn Victor.

Konsert High Note 2016 bakal menjadi kenangan bermakna buat Ziana yang sudah sekian lama tidak beraksi pada persembaha­n berskala mega. Kali terakhir Ziana beraksi dalam konsert besar adalah pada tahun 2001 menerusi Konsert ZZ In The Park yang diadakan di Pusat Dagangan

Dunia Putra (PWTC).

Lebih memberikan makna, konsert itu juga adalah penghargaa­n untuk Ziana yang sudah lebih 27 tahun berkecimpu­ng dalam industri muzik sejak tahun 1989.

“Pada usia sebegini, saya sangat bersyukur apabila terus diberi peluang untuk mengadakan konsert. Setiap 10 lagu yang bakal dinyanyika­n nanti membawa makna yang tersendiri dalam perjalanan kerjaya muzik saya. Sudah lama saya tidak beraksi dalam konsert berskala besar ini.

“Kali terakhir saya beraksi bersama Awie dan Erra Fazira menerusi Konsert Teaterikal Suara Kita, dua tahun lalu. Namun, konsep yang diketengah­kan itu sedikit berbeza kerana turut menyelitka­n elemen lakonan,” katanya.

Janji persembaha­n hebat

Pada usia mencecah 48 tahun, Ziana mengakui kemampuan vokal dan staminanya tidak sama lagi seperti awal pembabitan­nya dulu. Namun, Ziana tetap menjanjika­n persembaha­n hebat buat peminatnya.

“Saya mengakui ia sangat mencabar, terutama apabila menyanyika­n 10 lagu yang menuntut kekuatan stamina dan vokal. Kemampuan vokal saya tidak lagi sama seperti dulu. Saya juga berdepan kekangan masa untuk melakukan persediaan dan latihan kerana sudah berkeluarg­a.

“Saya bagaimanap­un, tidak memandang ringan kepercayaa­n yang diberikan.

Saya akan membuat persediaan mengikut kemampuan diri tetapi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia