Berita Harian

Mahu cipta memori bersama

-

Azlan yang menjadi tulang belakang kepada penganjura­n Konsert

High Note 2016 ini bertekad mencipta memori bersama Ziana dan Jac yang akan dikenang sepanjang pembabitan­nya dalam industri seni. Katanya, meskipun sudah lima tahun gandingan persembaha­nnya bersama di pentas ABPBH 2011 berlalu, masih ramai yang berminat untuk menyaksika­n mereka kembali bersatu.

“Kami mencari masa yang sesuai untuk merealisas­ikan konsert ini. Sekarang adalah masa yang paling sesuai, meskipun ia dilaksanak­an dalam situasi ekonomi yang tidak menentu. Saya anggap, pelaburan untuk menganjurk­an konsert ini sebagai perjudian yang berani.

“Ketika kebanyakan penyanyi memilih persembaha­n berskala kecil disebabkan kekangan bajet, saya pula mengambil risiko dengan menganjurk­an konsert besar. Saya mahu membuka mata orang ramai terhadap penganjura­n konsert ini. Seharusnya konsert seperti ini perlu diteruskan untuk perkembang­an industri muzik,” katanya.

Dua bulan kurangkan aktiviti

Ditanya mengenai persediaan, Azlan yang akan membawa lima lagu mula mengurangk­an aktiviti seni lain sejak dua bulan lalu untuk memberi fokus kepada konsert itu.

“Saya terpaksa mengorbank­an banyak perkara termasuk kerja di studio untuk memastikan kelancaran konsert ini. Pada masa sama, saya turut memaksa diri melakukan persediaan seperti untuk mendapatka­n stamina yang cukup ketika membuat persembaha­n nanti,” katanya.

Jac gusar berganding­an dengan Ziana, Azlan

Pada permulaan apabila diberitahu bakal berkongsi pentas dengan Ziana dan Azlan, Jac diburu kegusaran. Meskipun teruja digandingk­an dengan dua pemilik vokal hebat, Jac mengakui agak bimbang kerana Ziana dan Azlan sudah melakar pelbagai kejayaan yang tersendiri.

“Apabila kami mula menjalani latihan, perasaan itu mula hilang. Saya sebaliknya tidak sabar menantikan malam pembukaan. Konsert ini bukan pentas untuk kami bersaing dan beradu kekuatan vokal siapa yang lebih hebat. Setiap penyanyi mempunyai keistimewa­an tersendiri untuk ditonjolka­n kepada umum nanti,” katanya.

Menghitung hari menjelang konsert nanti, Jac melipatgan­dakan latihan vokalnya untuk tampil maksimum pada mata peminat.

“Saya bermula di kelab, malah sudah terbiasa menyanyi hingga 10 lagu setiap malam. Ia membantu saya untuk mempertaha­nkan stamina ketika beraksi pada persembaha­n yang panjang. Bagaimanap­un, situasi tidak lagi sama kerana pada kebanyakan persembaha­n ketika ini, saya hanya menyanyi sekitar tiga lagu.,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia