Berita Harian

Jaga air muka suami

Sakinah rela ditegur insan tersayang jika lakukan kesilapan

- Oleh Mohd Aizat Shamsuddin

Nmohdaizat@bh.com.my

ama pelakon Sharifah Sakinah, 27, tidak pernah sunyi daripada kontrovers­i. Tidak hanya kisah peribadi, keberanian Sakinah ketika beraksi di layar kaca juga mengundang kecaman peminat. Dilahirkan dalam keluarga seni, adik kepada pelakon, Sharifah Shahira dan Sharifah Haslinda ini sudah masak dan lali dengan persekitar­an industri yang terpaksa berdepan pelbagai isu.

Bagi Sakinah atau nama penuhnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-khaired, apa yang ditonjolka­nnya itu adalah dirinya yang sebenar tanpa perlu bersikap hipokrit. Namun, itu bukan bermakna Sakinah terdesak untuk mencari perhatian hingga sanggup membelakan­gkan batasan agama dan sensitivit­i masyarakat.

Jaga maruah keluarga

“Di sebalik sikap gila-gila itu, saya masih menjaga batas dan maruah keluarga. Tidak pernah terlintas untuk mencari publisiti murahan dengan paparan yang dimuat naik di Instagram. Semua itu adalah aktiviti harian yang ingin saya kongsi bersama pengikut.

“Pada masa sama, saya juga mempromosi­kan gaya hidup sihat berkaitan program kecergasan yang dijalankan. Sebelum terbabit dalam lakonan, sudah ramai yang bercakap mengenai saya. Apabila memasuki industri hiburan, saya sudah lali dengan pelbagai tanggapan negatif.

“Terserah kepada umum untuk menilai. Bagi saya, berdiam diri adalah jalan terbaik dan setiap kontrovers­i yang datang akan berlaku begitu saja,” katanya.

Kontrovers­i itu turut sama mengheret suaminya, Alif Adha Jamil dalam kancah perdebatan umum. Namun sebagai isteri, Sakinah mengakui tanggungja­wabnya untuk menjaga air muka suami. Sakinah berkata, suaminya pasti akan menegur sekiranya membuat kesilapan.

“Sebelum berkahwin, suami sudah mengenali saya sebagai pelakon. Dia juga lebih mengetahui luar dan dalam diri saya. Dalam lakonan, suami akur saya sekadar melakonkan watak. Semua yang saya lakukan itu atas dasar profesiona­lisme terhadap kerja dan ia tidak pernah menjadi isu.

“Ada ketika, saya akan membawa suami ke lokasi untuk melihat sendiri proses penggambar­an supaya memahami kerjaya seni. Suami juga menjadi pengkritik kepada mutu lakonan saya. Alhamdulil­lah, saya bersyukur dikurniaka­n suami yang begitu memahami.

“Sekiranya apa yang saya lakukan keterlalua­n pada matanya, suami tidak takut untuk menegur,” katanya.

Menanti zuriat

Usia perkahwina­n yang bakal mencecah dua tahun pada 28 Mac depan, Sakinah juga sudah lali dengan persoalan mengenai cahaya mata. Terbaharu, ramai yang tersalah sangka dan menganggap dirinya hamil apabila Shahira memuat naik ucapan tahniah di laman sosial.

Bagi Sakinah, semua itu dianggapny­a sebagai doa untuk kembali hamil selepas keguguran sedikit masa lalu.

“Saya pernah cakap, hanya akan fikirkan mengenai anak selepas dua tahun usia perkahwina­n. Sebelum ini, saya pernah keguguran kerana terlalu aktif. Saya anggap belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata.

“Saya pernah merasai pengalaman itu untuk beberapa minggu. Tetapi jika diizinkan untuk kembali mengandung dalam masa terdekat ini, saya tidak menolak rezeki itu,” katanya.

Perlahanka­n aktiviti lakonan

Sakinah juga mengakui, ketika ini dirinya memperlaha­nkan sedikit aktiviti seninya bagi memberi tumpuan kepada program kecergasan yang dianjurkan­nya. Namun, sekiranya dipertemuk­an dengan watak dan skrip yang bersesuaia­n, Sakinah tidak keberatan menerimany­a.

“Ketika ini, saya banyak memberikan tumpuan kepada aktiviti kecergasan Fitness Sakinah. Saya mahu mengembang­kan lagi program ini dengan memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai penjagaan kesihatan. Saya merancang untuk menganjurk­an program kecergasan berskala besar dengan menjelajah seluruh negara,” katanya.

Dua kakaknya terlebih dulu bergelar pelakon iaitu dramatis, Sharifah Haslinda dan pelawak dan pengacara, Sharifah Shahira.

 ??  ??
 ??  ?? Mania
Mania
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia