Berita Harian

Hollywood sarat tipu daya

Zendaya Coleman terguris sikap prejudis manusia yang gemar memanipula­si situasi untuk capai cita-cita

-

perkara kerana segala maklumat kini hanya di hujung jari.

“Aplikasi Snapchat saya kini umpama kelas sejarah.

Saya seperti profesor sejarah masyarakat Afrika-amerika. Mungkin apa yang saya lakukan itu akan menjengkel­kan pengikut. Kebanyakan kanak-kanak tidak lagi belajar mengenai isu ini di sekolah. Bagi saya, sekiranya mempunyai platform menjadi tanggungja­wab untuk kita luahkan apa yang dirasa.

“Semua itu kini hanya di hujung jari. Malah, ini adalah masa yang paling mengujakan,” katanya.

Hollywood yang gila

Coleman juga berpendapa­t, Hollywood penuh dengan kejutan dan dikeliling­i manusia yang pelik, cuba menguasai malah sanggup memanipula­si untuk memastikan mereka mendapat apa yang diimpikan.

“Mereka sanggup menipu. Bagi masyarakat Hollywood, menipu itu ibarat meminum kopi. Ia sesuatu yang gila,” katanya.

Baginya, tidak kira sehebat mana populariti atau kekayaan seseorang namun jika dilahirkan tidak berkulit putih, mereka akan berterusan berdepan dengan penindasan. Coleman mengakui, terkilan apabila diberi layanan buruk hanya kerana warna kulitnya ketika membeli-belah di sebuah kedai di Los Angeles.

“Saya mahu mendapatka­n pelbagai kad hadiah. Saya memahami sesetengah kedai membataska­n jumlah pembelian. Bukan hanya tidak membantu, saya juga tidak dapat membeli kad itu. Dompet saya pula dicampak. Saya tidak mampu untuk menerima semua ini lagi hanya kerana berkulit hitam.

“Kebetulan kad yang saya bawa terjatuh ketika juruwang itu sedang mengimbas barangan pelanggan lain. Dengan wajah menyampah, dia memberitah­u saya tidak mampu memilikiny­a kerana ia bernilai RM1,700. Dipendekka­n cerita, banyak lagi yang perlu dilakukan untuk mengubah dunia,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia