Berita Harian

Usah terlalu pantas menilai

Luahan rasa Zendaya Coleman mengenai bintang remaja bergelut dengan kemasyhura­n

- Susunan Zul Husni Abdul Hamid

zhusni@bh.com.my

Memasuki usia 20 tahun pada 1 September lalu, tiada perubahan ketara pada diri Zendaya Coleman. Merentas laluan panjang sejak memulakan langkah bersama Disney Channel pada tahun 2010, namanya mengharum apabila berganding­an dengan Bella Thorne dalam siri televisyen popular, Shake It Up.

Semua itu hanya permulaan kerana selepas enam tahun, Coleman masih membintang­i beberapa program utama berkisar kehidupan remaja, termasuk menjadi penerbit bersama KS Undercover yang memasuki musim ketiga. Mengakui dirinya juga tidak terlepas daripada bergelut dengan kemasyhura­n, alumni Dancing With The Stars itu berkata, apa yang dilalui teman sebayanya adalah sesuatu yang normal.

“Kami juga melalui hidup yang sama seperti remaja biasa lain, namun yang membezakan setiap gerak dan geri kami diperhatik­an. Ia sesuatu yang sukar kerana masyarakat di luar terlalu pantas menilai malah sebelum kita sempat mengenali siapa diri yang sebenar,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia