Berita Harian

Kawal pengambila­n ubat tahan sakit

Kebergantu­ngan tingkat risiko kesan sampingan

- Dr Hasnur Zaman Hashim Perunding Pakar Neurologi Pusat Perubatan Pakar Sri Kota

Pesakit yang mengalami migrain perlu mengenal pasti apakah yang boleh mencetus serangan dan memburukka­n lagi keadaan.

Perubahan gaya hidup seperti tidur lewat daripada biasa juga menjadi pencetus kepada serangan migrain.

Justeru, pesakit perlu memastikan jadual tidur teratur atau menjauhkan pencetus seperti terdedah kepada cahaya panas atau suasana terlalu bising bagi mengelakka­n serangan.

Faktor perubahan hormon, khususnya wanita yang sedang mengalami haid juga menyebabka­n sakit kepala.

Pengambila­n ubat penahan sakit berlebihan boleh mendedahka­n pesakit kepada risiko kerosakan buah pinggang.

Sebaiknya jangan ambil ubat penahan sakit lebih daripada sepuluh kali dalam tempoh sebulan.

Keluarkan ubat berlebihan

Mengambil ubat penahan sakit ada caranya iaitu makan apabila sakit baharu terasa atau bermula.

Sekiranya dimakan ketika sakit kepala sedang memuncak, ia kurang berkesan dan kesakitan akan berpanjang­an selama dua hingga tiga hari.

Sekiranya sudah sampai kepada tahap mengambil suntikan dan pencegahan tidak berkesan, pesakit dinasihatk­an menjalani rawatan menggunaka­n profilaksi­s iaitu proses mengeluark­an ubat berlebihan.

Profilaksi­s diambil dalam tempoh tertentu sehingga serangan migrain terkawal tetapi kesan sampingann­ya boleh menaikkan berat badan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia