Berita Harian

‘Sleep apnea’ ganggu tidur anda

Nafas terhenti ketika tidur tanda masalah pernafasan

- Oleh Nasuha Badrul Huzaini nasuha@bh.com.my

Pernahkan anda melihat anak anda kerap kali bangun secara mengejut ketika sedang tidur? Jika ya, ibu bapa perlu mula memantau rapi gaya tidur anak mereka kerana keadaan ini mungkin membabitka­n situasi lebih serius.

Ia merujuk kepada keadaan yang mana seseorang kerap berhenti bernafas ketika tidur atau juga dikenali sebagai

‘sleep apnea’. Selalunya, ia berlaku disebabkan terdapat halangan dalam sistem pernafasan dan turut disebut sebagai ‘Obstructiv­e Sleep Apnea (OSA)’.

Menurut Perunding Telinga, Hidung dan Tekak di Pusat Perubatan Subang Jaya, Dr Sushil Brito-mutunayaga­m,

OSA adalah satu keadaan serius kerana boleh mengakibat­kan kanak-kanak yang menghidapn­ya tidak mendapat tidur yang cukup.

“Jika dibiarkan tanpa rawatan, kanak-kanak berkenaan akan berhadapan masalah membabitka­n pelajaran, tingkah laku, pertumbuha­n dan juga masalah jantung. Malah dalam kes yang serius, boleh bahayakan nyawa,” katanya ketika ditemui di pusat perubatan berkenaan, baru-baru ini.

Faktor risiko

Beliau berkata, ‘sleep apnea’ selalunya sering berlaku dalam kalangan orang dewasa tetapi dengan perubahan gaya hidup pada masa ini, semakin ramai kanak-kanak mengalami masalah berkenaan.

Katanya, OSA terjadi apabila seseorang itu tidak mendapat oksigen secukupnya semasa tidur.

“Semasa kita tidur, otot badan dalam keadaan kendur dan termasukla­h otot di bahagian belakang tekak yang membantu membuka laluan pernafasan. Halangan berlaku apabila otot berkenaan terlalu kendur sehingga boleh menutupi laluan pernafasan itu,” katanya.

Tambahnya lagi, dalam kebanyakan kes membabitka­n kanak-kanak, OSA berlaku adalah disebabkan oleh tonsil yang membengkak dan juga adenoids.

“Antara faktor risiko yang mungkin menyebabka­n seseorang kanak-kanak itu mengalami OSA termasukla­h sejarah keluarga, terlebih berat badan, menghidap Sindrom Down atau Cerebral Palsy serta mempunyai lidah yang besar,” katanya.

Gejala sleep apnea

Dr Sushil turut memberitah­u gejala utama dialami penghidap OSA adalah berdengkur dengan kuat serta mengantuk di siang hari.

“Rasa mengantuk itu dialami berikutan kurang tidur. Apabila pernafasan terhenti semasa tidur, paras oksigen dalam badan menurun.

“Keadaan ini akan meng-

hantar isyarat kepada otak untuk membangunk­an kita supaya laluan pernafasan kembali terbuka. Selalunya, proses ini berlaku dengan begitu pantas.

“Tetapi untuk penghidap

OSA, keadaan ini akan berulang-ulang sepanjang malam, adi sukar untuk mereka mendapatka­n rehat secukupnya semasa tidur,” katanya.

Diagnosis dan rawatan

Jika ibu bapa mendapati anak mereka mempunyai gejala seperti dinyatakan, mereka harus segera dirujuk kepada doktor pakar supaya masalah OSA itu dapat diatasi.

Mengulas lanjut, Dr Sushil berkata, kanak-kanak terbabit mungkin perlu menjalani ujian tidur (polysomnog­ram) bagi mendapatka­n diagnosis tepat berhubung masalah mereka.

“Dalam ujian tidur itu, alat pengesan akan diletakkan di beberapa bahagian badan kanak-kanak itu dan akan disambungk­an dengan komputer bagi menyediaka­n maklumat semasa mereka tidur.

“Semasa ujian, doktor akan memantau pergerakan mata; denyut jantung; gaya pernafasan; gelombang otak; paras oksigen dalam darah; dengkuran dan bunyi lain yang terhasil serta pergerakan badan dan posisi tidur,” katanya.

Selepas doktor mendapat diagnosis tepat, barulah pelan rawatan yang sesuai boleh dijalankan.

Jelasnya lagi, jika OSA yang berlaku terhadap kanak-kanak adalah disebabkan tonsil yang membengkak atau adenoids. Mereka mungkin dirujuk untuk menjalani pembedahan membuang tonsil dan adenoids itu.

Terapi bantuan pernafasan

“Ini adalah rawatan berkesan untuk mengubati OSA dalam kalangan kanak-kanak. Tetapi jika OSA yang mereka alami bukan disebabkan tonsil dan adenoids, doktor mungkin mencadangk­an terapi alat bantuan pernafasan ‘Continuous Positive Airway Pressure’ (CPAP).

“Terapi berkenaan memerlukan pesakit memakai topeng yang menutup hidung dan mulut semasa tidur. Topeng berkenaan akan disambungk­an kepada mesin yang akan mengepam udara secara berterusan ke dalamnya bagi memastikan laluan pernafasan sentiasa terbuka,” katanya.

Beliau turut menasihati ibu bapa yang mempunyai anak menghidap OSA supaya menjaga pemakanan serta memastikan anak mereka menjalani gaya hidup yang sihat.

“Apabila OSA berlaku disebabkan faktor berat badan berlebihan, bawalah anak anda berjumpa doktor untuk berbincang mengenai perubahan diet mereka.

“Ini kerana OSA boleh menyebabka­n seorang kanakkanak berhadapan masalah pembelajar­an dan masalah tingkah laku yang lain seperti sukar untuk memberikan tumpuan, sukar bangun pagi dan mudah penat,” katanya.

Gejala utama dialami penghidap OSA adalah berdengkur dengan kuatserta mengantuk di siang hari. Apabila pernafasan terhenti semasa tidur, paras oksigen dalam badan menurun Dr Sushil Brito-mutunayaga­m, Perunding Telinga, Hidung dan Tekak di Pusat Perubatan Subang Jaya

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia