Berita Harian

Banyak duduk, tidak aktif bersukan

-

Katanya golongan muda hari ini tidak aktif bersukan sama ada di sekolah atau di rumah. Mereka lebih banyak menjalani gaya hidup lebih banyak duduk daripada berjalan.

Ini berbeza dengan cara generasi sebelum ini yang lebih banyak berjalan atau berbasikal sama ada untuk ke sekolah atau ke mana saja tanpa bergantung kepada pengangkut­an moden.

Ini ditambah dengan kewujudan restoran makanan segera beroperasi 24 jam yang mendorong generasi muda makan sehingga lewat malam.

Faktor tekanan juga menyumbang kepada masalah kegemukan penduduk di negara ini khususnya generasi baharu yang berdepan cabaran persaingan pencapaian dalam pendidikan serta tekanan di tempat kerja.

Dr Nor Saleha, berkata akibat kegemukan, ramai yang tidak tahu mereka sudah dihinggapi penyakit seperti diabetes seterusnya berisiko mengalami komplikasi lain seperti kegagalan buah pinggang, buta dan serangan jantung.

Kolesterol tinggi

“Dianggarka­n 9.2 peratus daripada 3.5 juta golongan berusia 18 tahun ke atas masih tidak tahu mereka menghidap diabetes kerana tidak pernah menjalani pemeriksaa­n.

“Lebih separuh daripada 6.1 juta orang tidak mengetahui mereka juga mengalami tekanan darah tinggi atau hipertensi kerana tidak pernah menjalani pemeriksaa­n kesihatan,” katanya.

Empat daripada lima golongan berusia 18 tahun ke atas juga disahkan mengalami hiperkoles­terol atau kadar kolesterol tinggi.

Bagi meningkatk­an kesedaran mengenai risiko penyakit diabetes, KKM dengan kerjasama Novo Nordisk menjalanka­n pemeriksaa­n kesihatan percuma di Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang, Klang dan

Sungai Buloh (Selangor), Pahang dan Putrajaya (Wilayah Persekutua­n) sepanjang November.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia