Berita Harian

Kesan buruk merokok punca strok

Rahmat tingkat usaha berhenti, dapatkan bantuan pakar atasi ketagihan

- Oleh Halina Mohd Noor halina_mdnoor@bh.com.my

Sudah tiga hari dia ‘terperangk­ap’ di dalam stadium Bukit Jalil dengan hanya bertemanka­n rokok dan minuman isotonik semata mata untuk menyiapkan papan skor sempena perlawanan bola sepak yang bakal berlangsun­g malam itu.

Masa yang suntuk bagi menyiapkan papan skor

LED yang diletakkan di kiri dan kanan stadium menyebabka­n Rahmat Md Zainal, 46, tidak sempat pulang ke rumah, apatah lagi untuk keluar makan.

Lebih malang, Zainal yang juga penghidap penyakit tekanan darah tinggi juga terlupa membawa ubat yang dibekalkan doktor kepadanya.

Petang menjelang perlawanan, Zainal berjaya menyiapkan semua tugasan dan hanya memikirkan pulang ke rumah untuk berehat dan tidur selepas tiga hari bersengkan­g mata.

“Sebaik terjaga, saya cuba bangun tetapi seluruh badan sebelah kanan tidak dapat digerakkan.

“Apabila isteri masuk ke bilik, saya meminta dia menutup pintu, tetapi dia tidak faham apa yang saya cuba katakan walaupun saya berasakan sudah bercakap seperti biasa,” katanya menceritak­an pengalaman ketika diserang strok pada Mei tahun 2015.

Pipi jatuh, senget

Isterinya, Anna Syerina Mansor, 41, mendapati pipi Zainal jatuh dan senget sebelum membawa suaminya itu ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Ketika di hospital, bacaan tekanan darahnya yang lazimnya antara 140 mendadak meningkat sehingga 160 dan terpaksa dimasukkan ke dalam wad rawatan rapi.

Zainal tidak percaya apabila doktor mengesahka­n dia diserang strok kerana selama ini beranggapa­n serangan itu biasanya dialami oleh golongan lebih berusia saja.

Sementara itu, Anna mendapat maklumat terdapat klinik berhenti merokok yang memberikan perkhidmat­an berhenti merokok secara percuma di hospital berkenaan.

Dia mendaftark­an Zainal ke klinik berkenaan walaupun suaminya itu masih perlu menjalani terapi fisio selama setahun.

Cuba berhenti merokok

“Hari pertama di klinik berhenti merokok selepas menghadiri terapi fisio, saya masih tidak percaya boleh menghentik­an tabiat itu kerana percaya ia hanya boleh dihentikan dengan kerelaan hati.

“Di klinik, saya mengangkat sumpah di depan isteri, emak dan anak yang masih kecil untuk berhenti merokok menyebabka­n saya rasa tidak boleh menipu mereka,” katanya yang mengakui mula menghisap rokok sejak Tingkatan Empat, selain percaya dengan stigma rokok boleh memberikan inspirasi dalam berkarya ketika melanjutka­n pengajian di universiti.

Rawatan di klinik kelihatan tiada yang menarik, tetapi Zainal mengakui kesannya cukup mendalam sehingga tertarik untuk berhenti merokok bermula dengan menghisap rokok sebatang saja sehari.

Zainal diberikan ubat penggantia­n narkotin selama tiga bulan yang perlu dimakan dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam.

Lama-kelamaan, rokok sebatang yang dihisap tidak habis dan akhirnya keinginan untuk merokok hilang sendiri walaupun seringkali terpaksa berdepan dengan perokok lain.

Tingkat azam tinggal tabiat buruk

Bagi Zainal kalau hendak berhenti merokok, dia tidak perlu melarikan diri malah dia sanggup meletakkan sekotak rokok berserta pemetik api di dalam tandas untuk ‘berdepan’ dengannya.

“Saya bersyukur kerana akhirnya dapat berhenti merokok dan diberikan peluang untuk menjalani hidup sekali lagi selepas diserang strok hasil dorongan isteri, emak dan anak kecil saya.

“Kini saya berasa lebih sihat tanpa rokok dan akur tidak semua perokok boleh berhenti sendiri tanpa mendapatka­n bantuan pihak tertentu kerana sebelum ini sudah beberapa kali cuba berhenti tetapi tidak berjaya,” katanya.

Hari pertama di klinik berhenti merokok selepas menghadiri terapi fisio, saya masih tidak percaya boleh menghentik­an tabiat itu kerana percaya ia hanya boleh dihentikan dengan kerelaan hati

 ?? [ FOTO OWE AH CHUN / BH ] ??
[ FOTO OWE AH CHUN / BH ]
 ??  ?? Rahmat bersama isterinya, Anna Syerina.
Rahmat bersama isterinya, Anna Syerina.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Rahmat bergambar bersama Timbalan Dekan Prasiswaza­h & Alumni PPUKM, Prof Dr Roslina Abd Manaf (dua dari kanan) dan Ketua Jabatan Farmasi Hospital Canselor Tuanku Muhriz PPUKM, Datuk Faridah MD Yusof (kiri) pada pelancaran Minggu Kaunseling dan graduasi...
Rahmat bergambar bersama Timbalan Dekan Prasiswaza­h & Alumni PPUKM, Prof Dr Roslina Abd Manaf (dua dari kanan) dan Ketua Jabatan Farmasi Hospital Canselor Tuanku Muhriz PPUKM, Datuk Faridah MD Yusof (kiri) pada pelancaran Minggu Kaunseling dan graduasi...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia