Berita Harian

Pusat hemodialis­is, vaksin pelengkap rawatan

Pusat Perubatan Pakar Sri Kota tawar khidmat rundingan terbaik

- Oleh Nasuha Badrul Huzaini nasuha@bh.com.my

Pusat Perubatan Pakar Sri Kota melancarka­n dua kemudahan baharu yang ditawarkan iaitu pusat hemodialis­is dan pusat vaksin di Klang, Selangor baru-baru ini.

Pengarah pusat perubatan berkenaan, Tan Suet Guan, berkata sebagai penyedia penjagaan kesihatan kepada komuniti, pihaknya sedia maklum mengenai peningkata­n kes memba- bitkan kerosakan buah pinggang tahap akhir.

Beliau berkata, ini berikutan laporan daripada Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan, mendapati sejumlah 30,000 pesakit buah pinggang menjalani rawatan dialisis kini.

Katanya, laporan itu juga menjangkak­an jumlah berkenaan meningkat dengan anggaran sehingga 6,000 pesakit setiap tahun.

“Diabetesda­ntekanan darah tinggi dikenal pasti menjadi dua faktor utama menyebabka­n pesakit mengalami kerosakan buah pinggang.

“Keadaan ini menyumbang kepada lebih 60 peratus kes baharu membabitka­n pesakit yang menjalani dialisis di negara ini,” katanya ketika majlis pelancaran pusat berkenaan di Klang, Selangor baru-baru ini.

Tingkat keselesaan pesakit

Mengulas lanjut, beliau berkata pusat hemodialis­is yang dilancarka­n itu sudah menjalani penambahba­ikan bagi memastikan keselesaan pesakit di samping meningkatk­an kualiti rawatan yang ditawarkan.

“Pusat hemodialis­is berkenaan mempunyai tiga pakar nefrologi yangakanme­lawat pesakit mengikut jadual. Unit berkenaan juga disokong oleh sekumpulan kakitangan terlatih dan berdedikas­i.

“Kami akan mengedarka­n buku berkaitan pencegahan danpengesa­nan awal penyakit buah pinggang kepada pesakit dan orang ramai bertujuan memberikan kesedaran awal pencegahan dan rawatan terbaik,” katanya.

Pusat hemodialis­is berkenaan juga adalah panel beberapa organisasi termasukla­h Majlis Perbandara­n Klang, Pusat Zakat, Tenaga Nasional

Berhad dan Jabatan Perkhidmat­an Awam.

Pusat vaksin semak profil individu

Dilengkapi dengan 22 kerusi rawatan dialisis yang boleh digunakan untuk pesakit yang duduk di wad ataupun pesakit luar. Dua daripada kerusi rawatan direka khas untuk kes terpencil seperti Hepatitis B dan Hepatitis C.

Sementara itu, pusat vaksin yang dilancarka­n pula adalah yang pertama ditawarkan di daerah Klang.

Tan berkata, ia mempunyai teknologi dan kepakaran untuk menyemak profil individu termasukla­h latar belakang demografi, gaya hidup, keadaan kesihatan berisiko tinggi dan juga perancanga­n untuk melancong.

“Menerusi maklumat yang diperoleh, pihak hospital berupaya mencadangk­an vaksin yang sesuai untuk seseorang individu itu,” katanya.

 ?? [ FOTO FAIZ ANUAR/BH ] ?? Tan (kiri) bersama pegawai kanan hospital membuat tinjauan pesakit yang mendapatka­n rawatan hemodialis­is pada pelancaran Pusat Hemodialis­is dan Vaksin di Pusat Perubatan Pakar Sri Kota, Klang.
[ FOTO FAIZ ANUAR/BH ] Tan (kiri) bersama pegawai kanan hospital membuat tinjauan pesakit yang mendapatka­n rawatan hemodialis­is pada pelancaran Pusat Hemodialis­is dan Vaksin di Pusat Perubatan Pakar Sri Kota, Klang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia