Berita Harian

Diabetes serang remaja gemuk

- Oleh Halina Mohd Noor halina_mdnoor@bh.com.my

Generasi muda jalani gaya hidup tidak sihat paling berisiko

Kurang bersenam, makan berlebihan antara punca penyakit

Generasi muda di negara ini terdedah kepada pelbagai risiko penyakit sekiranya tidak melakukan anjakan paradigma dalam pengurusan berat badan masing-masing.

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada tahun 2015 mendedahka­n separuh daripada populasi penduduk di negara ini yang berusia 18 tahun ke atas mengalami berat badan berlebihan dan kegemukan (obesiti).

Lebih membimbang­kan, jurnal kesihatan British yang terkenal, The Lancet menunjukka­n penduduk di negara ini adalah yang paling gemuk di Asia.

Mula dari rumah

Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Kawalan Penyakit Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Nor Saleha Ibrahim, berkata gaya hidup sihat bermula di rumah dan ibu bapa perlu menjadi contoh kepada anak masing-masing.

Beliau berkata, ibu bapa perlu mendidik anak di rumah mengenai bagaimana makan secara sihat dan berdisipli­n dalam soal penjagaan kesihatan.

“Ibu bapa yang gemuk atau berlebihan berat badan, cenderung menjadikan anak mereka mengalami masalah sama,” katanya yang menegaskan berlebihan berat badan menjadi punca pelbagai komplikasi penyakit seperti diabetes, hiperkoles­terol dan tekanan darah tinggi.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia